Artikel Pilihan

PROTON SAGA BAKAL DAPAT ENJIN BARU – LAGI PADU

Proton sedang bersiap untuk memperkenalkan satu lagi varian facelift bagi model Saga, dikenali secara dalaman sebagai Saga MC3 dengan menggnakan kod pengeluaran AMA01 yang akan dilancarkan hujung 2025. Perubahan terbesar yang menjadi fokus ramai ialah penggunaan enjin baharu sepenuhnya, menggantikan unit CamPro 1.3L VVT yang digunakan sejak 2016.

Enjin baharu ini dikenali dengan kod BHE15PFI, yang dibangunkan oleh firma kejuruteraan Aurobay iaitu satu syarikat usahasama anatar Geely dan Volvo Cars yang bertanggungjawab menghasilkan enjin moden untuk pelbagai model global.

Siri BHE15 terdiri daripada varian turbo (TGDI) dan aspirasi alami (NA). Untuk Proton Saga MC3, Proton memilih versi aspirasi normal bersesaran 1500 cc dengan sistem Port Fuel Injection (PFI) yang lebih sesuai untuk model yang menekankan kos penyelenggaraan rendah dan ketahanan jangka panjang.

BHE15PFI ialah enjin empat silinder sebaris dengan sistem aci sesondol DOHC memacu 16-injap, dilengkapi sistem Variable Valve Timing (VVT) pada injap kemasukan dan injap ekzos. Unit ini menghasilkan sekitar 100–110 PS pada 6,000 rpm dan 125–135 Nm tork pada 4,000–5,000 rpm, bergantung pada talaan khusus Proton.

Antara ciri-ciri teknikal penting yang ada pada enjin ini termasuklah:

  • Nisbah mampatan tinggi 13.5:1 – meningkatkan kecekapan terma, membantu menjimatkan bahan api.
  • Sistem Port Fuel Injection (PFI) — lebih mudah diselenggara berbanding Direct Injection, mengurangkan risiko enapan karbon pada injap.
  • Rantai masa (timing chain) — tidak memerlukan penggantian berkala seperti tali sawat, menurunkan kos penyelenggaraan jangka panjang.
  • Reka bentuk blok aluminium dengan penyejukan cecair, mengurangkan berat dan meningkatkan pengurusan haba dan menjimatkan bahan api

Proton menawarkan dua pilihan transmisi untuk Saga MC3:

  • 4AT (Aisin) untuk varian Standard dan Executive — sesuai untuk pemandu yang mahukan ketahanan dan rasa penukaran gear tradisional.
  • CVT untuk varian Premium — menawarkan penukaran lancar dan ekonomi bahan api lebih baik dalam pemanduan bandar.

Tiada lagi pilihan transmisi manual, selaras dengan trend pasaran tempatan di mana jualan model manual sangat kecil. Berdasarkan maklumat tidak rasmi dan pattern produk Geely-Proton sekarang, CVT untuk Saga MC3 hampir pasti bukan daripada vendor Punch yang menggunakan rekaan sistem klac

Sebaliknya kemungkinan besar akan menggunakan CVT dari Aisin (anak syarikat Toyota atau Geely sendiri ) sama keluarga dengan sistem CVT yang digunakan pada Proton X50 facelift (Geely Coolray) dan Geely Emgrand.

Dari sudut teknikal enjin BHE15PFI sudah direka untuk dipadankan dengan CVT Aisin/Geely, bukan Punch VT3. Jadi yang untungnya ialah Proton Saga MC3 sendiri yang mewarisi produk daripada Aisin sendiri. Dalam aspek NVH dan kelancaran CVT baru ini menawarkan ratio simulasi dan “creep” dengan rasa lebih natural dan tiada isu ‘rubber band’ seperti CVT Punch lama.

Dalam dunia automotif pula, Aisini merupakan salah sat pengeluar CVT yang disegani di peringkat global dengan unit CVY ini telah banyak digunakan oleh Geely dengan meluas pada pasaran China dan Timur Tengah khusus untuk enjin 1.5 NA.

Jika dibandingkan dengan enjin CamPro 1.3L, BHE15PFI menawarkan beberapa kelebihan jelas:

  1. Kuasa lebih tinggi – peningkatan hampir 15–20 PS.
  2. Tork lebih besar – membantu pecutan dan mendaki bukit tanpa perlu menekan pedal terlalu dalam.
  3. Kecekapan bahan api lebih baik – nisbah mampatan tinggi dan teknologi pembakaran moden mengurangkan penggunaan petrol.
  4. Penyelenggaraan lebih mudah – tiada tali sawat masa untuk diganti dan komponen dalaman direka untuk ketahanan tinggi.

Saga MC3 bukan sekadar tentang enjin baharu. Model ini juga dijangka menerima sistem ADAS (Advanced Driver Assistance Systems) seperti Amaran Pelanggaran Hadapan (FCW) dan Brek Kecemasan Automatik (AEB) untuk varian Premium.

Rekaan dalaman termasuk papan pemuka juga bakal dirombak dengan rekaan dua skrin paparan dengan satu khusus untuk infotainmen dana satu lagi skrin bertindak sebagai paparan instrumen digital. Rekaan lain termasuklah stereng rekaan rata (flat bottom) di bawah ala Proton X50.

Penggunaan enjin baharu ini dijangka meningkatkan daya saing Proton Saga dalam segmen sedan kompak, menyaingi model seperti Perodua Bezza dan Toyota Vios generasi lama. Gabungan kuasa lebih baik, penjimatan bahan api, dan kos penyelenggaraan rendah boleh menjadi faktor utama menarik pembeli baru, terutamanya golongan muda dan pengguna e-hailing.

Dengan pelancaran yang dijangka pada November 2025, enjin BHE15PFI akan menandakan fasa baru untuk Proton Saga dimana ia bukan sekadar penyegaran kosmetik, tetapi peningkatan teknikal besar yang boleh mengubah persepsi pengguna terhadap sedan paling mampu milik Proton ini.

Google ads
Back to top button