Motosikal

RASMI: VESPA SPRINT S DAN PRIMAVERA S DILANCARKAN – DARI RM19,500

Didi Group selaku pengedar rasmi jenama Vespa di Malaysia dengan rasminya melancarkan Sprint 125 dan Primavera 125 untuk pasaran tempatan.

Kedua-dua model tersebut telah pun dipamerkan di Art of Speed 2025 yang berlangsung di MAEPS, Serdang, baru-baru ini.

Bagi tahun 2025, kedua-dua model ini hadir dengan aksesori tambahan yang membolehkan pemilik melakukan pelbagai penyesuaian sendiri mengikut cita rasa masing-masing.

Kedua-dua model juga tampil lebih segar dengan beberapa perubahan visual termasuk corong udara baharu di bahagian hadapan.

Profil sisi juga berbeza dengan reka bentuk pelindung bateri baharu dan rim 5-spoke baharu bagi Primavera dan 6-spoke bagi Sprint. Tekstur, bahan dan kemasan pada tempat duduk juga berbeza berbanding model sebelumnya.

Antara perincian lain ditawarkan:

  • pencahayaan LED penuh
  • ABS depan
  • sistem immobilizer
  • port pengecas USB

Menurut Didi Group, Vespa Primavera boleh didapati dengan harga RM19,500 manakala Primavera S dijual pada harga RM20,900. Sementara itu, Sprint dan Sprint S masing-masing ditawarkan pada harga RM20,500 dan 21,000.

GALERI: VESPA SPRINT S

GALERI: VESPA PRIMAVERA S

Google ads
Back to top button