
MENGELILINGI DUNIA DALAM 80 HARI DENGAN VESPA – TRIP IDAMAN ABANG NI WEI
Korang baca atau tonton kisah mengelilingi dunia dalam 80 hari tak? Ia berdasarkan kisah lama bertajuk “Around the World in 80 Days” hasil karya penulis tersohor Jules Verne pada kurun ke 18 dahulu. Rupanya kisah tersebut masih relevan pada zaman moden ini dan seorang lelaki dari Kempten, Jerman telah melakukannya dan kali ni kenderaan yang dipilih oleh watak utama berbama Markus ini ialah skuter lama dengan enjin dua lejang. Pergh…dahsyat tu.

Markus bukan menggunakan sebuah Vespa tapi tiga buah sebenarnya dengan kuasa maksima dari 7 hp ke 14 hp. Untuk menjimatkan masa, Markus membeli sebuah skuter di AS setahun lebih awal dan menunggang sejauh 10,000 kilometer dari timur ke barat sebagai persediaan pengembaraan beliau.
Skuter kedua diletakkan di Utrecht, Netherland dan skuter ketiga pula diletakkan di Madrid. Kesemua skuter tersebut ditunggang merentasi 18 negara dengan jarak perjalanan 27,113 kilometer mengharungi tiga benua.

Pengembaraan ini sebenarnya boleh ditamatkan dalam masa 76 hari tapi beliau mahu menghabiskan masa bersantai di Sepanyol selain mengikut skrip sebagaimana novel yang ditulis oleh Verne.
Sudah tentu ada hari-hari yang merugikan bila skuter tersebut ditimpa masalah dan terpaksa menunggu alat ganti yang ditempah. Purata jarak Markus menunggang setiap hari ialah sekitar 399 kilometer sehari dan rekod paling jauh beliau ialah 690 km/hari.
Markus merancang untuk mengembara lagi selepas ini dan kemungkinan besar akan memulakannya di Alaska sebelum bergerak ke Argentina dan Australia. Buat masa sekarang beliau sedang menyimpan wang untuk kegunaan sekitar satu ke dua tahun. Senang betul dia kumpul duit kan?

Kalau anda ingin melakukan kembara seperti Markus. Ini antara perkara yang perlu anda hadapi seperti kata Markus, jadi bersedialaj secara fizikal dan mental.
- Anda perlu menunggang pada waktu malam.
- Anda perlu menunggang dalam hujan.
- Anda perlu menunggang dalam cuaca panas.
- Anda perlu menunggang dalam cuaca sejuk.
- Anda perlu menunggang di kawasan banjir, ribut petir, puting beliung, taufan dan macam-macam lagi.
- Anda mungkin ditimpa penyakit seperti cirit birit, selsema, sakit perut dan buasir. Ya lah asyik duduk atas pelana motor berjam-jam setiap hari mau tak kena buasir.
- Anda mungkin tercedera dalam kemalangan sepanjang perjalanan.
- Anda mungkin terpaksa menunggang dengan badan yang sakit selama hampir 16 jam.
- Anda mungkin tidak mempunyai tidur yang cukup.
- Anda mungkin terpaksa menunggang motosikal yang rosak.
Macam-macam boleh berlaku dalam perjalanan seperti ini sebenarnya dengar pemandu cuai, cuaca, binatang liar dan macam-macam lagi. Tapi itulah sebahagian daripada cabaran dalam usaha mengelilingi dunia.

Kalau setakat ride pergi makan makanan laut di Krabi tu dah berjuta orang Malaysia buat. Tak ada apa dah yang istimewa. Ada tak sesiapa yang berani nak buat pengembaraan macam ni. Naik Vespa lama boh. Vespa je.



