
AOS2025 LABUH TIRAI, KEKAL ACARA RAIKAN KOMUNITI DAN KUSTOM CULTURE TERBESAR MALAYSIA
Art of Speed (AOS) 2025 telah pun melabuhkan tirai hujung minggu lalu di MAEPS, Sedang dengan acara yang berlangsung selama dua hari itu terus menerus mendapat tempat dikalangan peminat tempatan dan antarabangsa.

AOS yang kini telah memasuki edisi ke-14 tahun ini terus berjaya membawakan kereta dan motosikal kustom tempatan dan antarabangsa selain jemputan antarabangsa kepada pengunjung.
Berdasarkan pengamatan, kehadiran pengunjung menampakkan lonjakan yang signifikan berbanding edisi sebelumnya ditambah dengan pelbagai naik taraf besar yang dilaksanakan berbanding tahun lalu.

Tahun ini, jemputan antarabangsa dibarisi nama besar antaranya Shige Suganuma dari MOONEYES, Brendon Vetuskey, Product Designer dari Hot Wheels, Mark Hawwa, founder The Distinguised Gentleman’s Ride dan Yuichi Yoshizawa dari Custom Works Zon, Jepun.
Turut memeriahkan adalah kehadiran Masa Sugihara (Luck MC), Daisuke Sakon (Kustomstyle), Koichi Ikura (AMEFES) dan Side Yakotani.

Namun, selain kehadiran tetamu yang mengagumkan, penganjuran AOS kali ini diserlahkan dengan pintu masuk dengan paparan LED penuh yang menyambut pengunjung dengan penuh gaya.
Tidak dilupakan, penganjuran Official Hot Wheels Collectors Convention Malaysia (HWCCM) yang kini memasuki edisi ketiga terus menerus menarik peminat di rantau Asia Tenggara yang mahu mendapatkan produk edisi terhad berupa sebuah Porsche.

Selain itu, AOS 2025 turut meraikan peminat skuter dengan aktiviti Santai Scooterist yang menyaksikan pengunjung yang hadir dengan skuter diberikan layan istimewa termasuk parking khas dan berpeluang mengambil gambar selain menikmati pelbagai aktiviti.
AOS 2025 turut bergempita dengan barisan artis yang menggegarkan SoundCircus Takeover antaranya Noh Salleh & Restore Iboe, Ruffedge dan Romantic Echoes selain Iqbal M, Budak Nakal Hujung Simpang dan banyak lagi.

Sudah tentu, sebagai acara yang mengangkat kustom culture di Malaysia, Shaun Pinto dengan kereta VW Bettle 1965 serta Omar Jumiran dari Eastern Bobber dengan motosikal Honda CB 175 1983 muncul pemenang bagi Best Show Automobile dan Best Show Motorcycle.
Sebagai penghargaan, kedua-duanya akan bersama-sama pihak AOS bagi menghadiri MOONEYES Yokohama Hot Rod Custom Show 2025 pada penghujung tahun ini!
GALERI: ART OF SPEED 2025






























