Motosikal

RASMI: YAMAHA NVX 155 V3 TIBA DI MALAYSIA – DUA VARIAN, DARI RM11,998

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) dengan rasminya melancarkan Yamaha NVX 155 generasi ketiga untuk pasaran tempatan. 

Menariknya, HLYM memperkenalkan dua varian untuk pasaran Malaysia menerusi NVX 155 ABS dan NVX 155 SP dengan ciri Turbo, masing-masing dijual pada harga RM11,998 dan RM14,498

Seperti jangkaan kami sebelum ini, Yamaha NVX 155 ABS merupakan varian Aerox Alpha CyberCity yang dijual di Indonesia manakala NVX 155 SP merupakan varian Turbo yang dipasarkan di negara jiran. 

Generasi ketiga ini hadir dengan reka bentuk serba baharu selain kelengkapan juga berbeza berbanding sebelum ini. Namun, kedua-dua varian masih lagi dikuasakan enjin satu silinder 155cc VVA yang berupaya menjana 15.2hp pada 8,000rpm dan 14.2Nm pada 6,500rpm. 

Bagaimanapun, varian SP dipertingkat dengan teknologi Y-ECVT (Yamaha Electronic CVT). Y-ECVT ini menawarkan fungsi Turbo Y-Shift yang berfungsi mengawal pulley sekaligus menghasilkan daya pecut dan nyah pecut dengan butang Turbo Y-Shift yang bertindak seakan pertukaran gear Low, Medium dan High. 

Sementara itu, selain ABS yang didatangkan secara standard pada kedua-dua varian, varian SP (Turbo) turut dilengkapi dengan traction control dan skrin TFT. Namun begitu, varian ABS hanya menawarkan skrin digital LCD. 

Tidak cukup dengan itu, Yamaha turut menawarkan aksesori tambahan bagi varian SP antaranya penghadang angin, fender aluminium, winglet serta lapik getah aliminium. 

Perincian lain ditawarkan termasuk:

  • rim 14-inci depan dan belakang
  • fork teleskopik
  • penyerap hentak berkembar
  • slot USB Type-A
  • ruang simpanan 24.5L
  • tangki bahan api 5.5L

GALERI: YAMAHA NVX 155 2025

Google ads
Back to top button