
REKAAN UNIK TAYAR KUMHO MAXPLO
Pengeluar tayar terkemuka dunia, Kumho memang dikenali dengan kesungguhan mereka dalam aspek penyelidikan dan pembangunan produk tayarnya.
Jadi, tidak hairanlah jika jenama itu sering menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa seperti anugerah reka bentuk iF Jerman dan Red Dot. Terbaharu, tayar Kumho diiktiraf sebagai penerima anugerah tertinggi (platinum) untuk Anugerah A’ Design Itali dalam kategori futuristik.
Tayar ultra nipis Maxplo bertujuan menunjukkan bagaimana rupa dan operasi tayar pada masa depan. Tayar untuk semua jenis cuaca ini menampilkan blok-blok yang boleh diubah untuk disesuaikan dengan keadaan sekeliling, sama ada kering atau bersalji.
Di atas jalan yang basah, kombinasi pintar alur bunga tiga dimensi itu akan mengalihkan air secara efektif. Ketika dipandu di atas jalan licin atau off-road pula, tayar bunga akan dilebarkan untuk menawarkan cengkaman dan kuasa membek yang lebih baik.