Buletin

INFINITI CATAT JUMLAH JUALAN TERBAIK

Jenama kenderaan mewah dari Jepun, Infiniti dilihat mencatat rekod jualan terbaik pada suku pertama 2015.

infiniti Q50

Pada April lalu, Infiniti berjaya menjual 16,700 unit kenderaan, peningkatan lebih 1,700 unit atau 12 peratus berbanding April 2014. Sekali gus menjadi bulan April yang terbaik dalam sejarah Infiniti.

“Momentum memberangsangkan yang kami perolehi pada awal tahun diteruskan ke bulan April. Kami akan terus mengimplementasikan strategi pertumbuhan demi menjadikan Infiniti sebagai salah satu jenama premium utama dalam industri automotif. 

SONY DSC

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan di seluruh dunia yang menjadikan Infiniti sebagai satu pembelian yang mereka yakini,” kata Presiden Infiniti, Roland Krueger.

Sekali lagi, keempat-empat rantau jualan global Infiniti menyumbang kepada pertumbuhan ini. Di Amerika yang menjadi rantau jualan terbesar Infiniti, syarikat telah mencatatkan jualan lebih 11,000 unit kenderaan, naik  sebanyak 8 peratus sejak setahun lalu.

2015 Infiniti QX80

Di China, di mana Infiniti membuat penampilan signifikan di acara Shanghai Auto Show pada April, lebih 3,750 berjaya dijual dalam bulan itu sahaja. Ia merupakan peningkatan sebanyak 41% atau 1,100 unit kenderaan berbanding April 2014, seterusnya mencatat rekod bulanan terbaik dalam sejarah Infiniti di China.

Di rantau EMEA (Eropah, Asia Barat dan Afrika), Infiniti telah berjaya menjual lebih 1,450 unit kenderaan pada April. Ia didorong oleh pertumbuhan kukuh yang dicatatkan di pasaran Eropah, Asia Barat dan Afrika berbanding tempoh sama tahu lalu.

2015 Infiniti QX80

Pasaran Asia dan Oceania juga mencatat rekod terbaik pada bulan April. Infiniti telah menjual kira-kita 400 unit kenderaan di rantau tersebut, mencatat pertumbuhan  sebanyak 19 peratus berbanding tahun 2014.

Di Malaysia, jumlah jualan Infiniti telah meningkat dengan mendadak berikutan  pengenalan sedan sports premium Q50. Ia mencatat peningkatan sebanyak 143 peratus berbanding sembilan bulan selepas dan sebelum pelancarannya.

Pada Mac lalu, Infiniti Malaysia turut melancarkan SUV mewah lapan tempat duduk QX80. QX80 nyata diterima baik oleh pemimpin korporat dan industri yang mahukan prestasi serta keselamatan terbaik daripada SUV mereka.  

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button