Buletin

RICARDO KELUARKAN ENJIN V8 BAHARU UNTUK McLAREN!

Pada Januari 2016, PROTON mengumumkan pembangunan enjin baharu bagi menggantikan enjin CamPro. Enjin baharu itu dibangunkan sejak 2015 dan melibatkan kerjasama di antara Lotus dan Ricardo.

Ricardo atau nama asalnya Engine Patents sudah berusia lebih 100 tahun sejak ditubuhkan oleh Sir Harry Ricardo pada 1915. 

Dengan usia yang panjang, Ricardo mempunyai pengalaman luas dalam pembangunan enjin dan syarikat bersesuaian untuk PROTON.

Terbaru, McLaren Automotive mengumumkan kerjasama berbilang tahun dengan Ricardo bagi mengeluarkan unit kuasa V8 baharu dan sebahagian daripada perjanjian pelaburan jangka masa panjang.

Enjin V8 itu direka secara dalaman oleh bahagian rangkaian kuasa McLaren dan akan digunakan pada kereta super hibrid baharu McLaren.

Perjanjian ini adalah kesinambungan kepada hubungan yang telah lama terjalin di antara kedua-dua syarikat dari United Kingdom itu.

Ricardo juga mengeluarkan kedua-dua enjin V6 dan V8 yang akan digunakan untuk model sedia ada dan hibrid baharu McLaren.

Sejak McLaren 12C diperkenalkan pada 2011, Ricardo telah mengeluarkan sekitar 34,000 unit rangkaian kuasa McLaren di kilangnya di Shoreham.

Dari kilang Ricardo, rangkaian kuasa itu dihantar ke Pusat Pengeluaran McLaren di Woking pada jarak 80 kilometer.

Perjanjian ini melibatkan Ricardo membekalkan varian hibrid dan bukan hibrid dan bersama McLaren akan membuat pelaburan besar di dalam fasiliti pengeluaran enjin prestasi tinggi di Shoreham.

Lebih 100 jurutera pakar pembuatan dan juruteknik terlibat dalam membekalkan rangkaian kuasa berprestasi tinggi untuk McLaren.

Mclaren setakat ini menawarkan model hibrid massa Artura dengan enjin 3.0 liter turbo berkembar V8 yang menghasilkan output gabungan 671 kuasa kuda (hp) dan tork 720Nm.

Pada April, McLaren memperkenalkan 750S yang dibekalkan enjin 4.0 liter V8 turbo berkembar dengan output 750 ps dan tork 800Nm.

BACA: FON KEPALA Px8 MCLAREN EDITION, RM3.7K UNTUK HALWA TELINGA BOWERS & WILKINS

BACA: MCLAREN ARTURA, SUPERCAR DENGAN ENJIN V6 DAN SISTEM HIBRID

BACA: MCLAREN DAN TUMI HASILKAN KOLEKSI BAGASI MEWAH. GUNA TEKSTIL GENTIAN KARBON, HARGA CECAH RM12K!

Google ads
Back to top button