Buletin

MCLAREN DAN TUMI HASILKAN KOLEKSI BAGASI MEWAH. GUNA TEKSTIL GENTIAN KARBON, HARGA CECAH RM12K!

Jenama automotif, McLaren sekali lagi menjalin kerjasama dengan TUMI untuk menghasilkan koleksi bagasi yang menggabungkan tekstil gentian karbon. Material itu membolehkan bagasi tersebut lebih ringan, tahan lasak dan menarik.

Koleksi berkenaan terbentuk daripada koleksi item TUMI berjenama McLaren sedia ada, pilihan yang dibuat semula daripada Omniflex.

Dahulunya dikenali sebagai CX6, gentian karbon telah digunakan dalam beg galas yang dijual oleh Porsche Design, dalam but ski mewah dan kasut berbasikal.

McLaren didakwa mahu mengekalkan perincian kemasan yang sama untuk beg pakaian empat roda Aero International Expandable, beg galas Velocity, Torque Sling dan Quantum Duffel.

Sebagai koleksi mewah, harganya memang mahal. Beg Aero International 4 Wheeled Carry-on berharga AS$2,749 (RM12,956). Manakala Velocity Backpack berharga AS$1,638 (RM7,720) dan Quantum Duffel berharga AS$2,035 (RM9,590).

Semua keluaran baharu itu boleh didapati melalui laman web TUMI dan di semua pengedar global.

Google ads
Back to top button