Artikel Pilihan

MCLAREN ARTURA, SUPERCAR DENGAN ENJIN V6 DAN SISTEM HIBRID

McLaren Artura merupakan model terbaru yang menjadi taruhan bagi menggantikan model 570S dan platform yang digunakan adalah dibangun khas bersama sistem hibrid. Bagi model ini, McLaren juga membangunkan enjin khas bagi kegunaan Artura yang dikenali sebagai M630

Berikut ialah fakta berkenaan dengan McLaren Artura

1. Enjin – M630 membawa maksud 6 silinder 3000cc dalam susunan V. Tapi enjin ini direka dengan sudut yang sangat ekstrim iaitu pada 120 darjah dengan kelebarannya hampai menyamai enjin Boxer buatan Porsche serta memerlukan syaf pengimbang bagi membolehkannya stabil

Namun ketua jurutera Geoff Grose mengatakan rekaan ini adalah perlu bagi mengurangkan ketinggian enjin, merendahkan pusat graviti dan jika mereka menggunakan enjin Boxer, ia akan menjadi terlalu lebar bagi platfom gentian karbon yang dibangunkan untuk Artura

2. Turbo – Enjin ini juga lebih kecil berbanding dengan enjin V8 dengan sudut 90 darjah yang lama tapi masih lagi berupaya memuatkan 2 unit turbo di bahagian tengah enjin. Keadaan ini memendekkan rongga kemasukan udara dan mengurangkan masalah turbolag

3. Kompak – enjin 6 silinder ini dipilih berbanding enjin V8 disebabkan saiznya yang kompak, mengurangkan pencemaran alam sekitar dan juga menjadikan penggunaan bahan api lebih baik. Ruang yang ada bolehdigunakan untuk memuatkan motor elektrik yang akan dipadankan dengan transmisi 8 kelajuan klac berkembar.

4. Kuasa – enjin ini akan menghasilkan 577 kuasa kuda dan 584 Nm tork dengan bantuan turbo yang besar dan akan mengalami sedikit masalah turbolag dan respon yang lambat pada RPM rendah. Jadi kelemahan ini akan ditutup oleh penggunaan motor elektrik

5. Motor elektrik – menghasilkan 94 kuasa kuda dan 225Nm tork dan dikuasakan dengan bateri ion lithium sebesar 7.4 kWh. Bateri ini sahaja seberat 88kg dipasang dibawah kusyen penumpang. Kombinasi sistem hibrid motor elektrik dan enjin menjana 671 kuasa kuda dan 720Nm tork

6. Transmisi – menggunakan sistem klac berkembar SSG Seamless Shift dengan 8 ratio bagi tujuan penggunaan bahan api yang baik. Bagi menjadikan sistem ini ringan dan kompak, gear mengundur tidak dipasang. Sebaliknya Artura akan bergantung terus pada motor elektrik untuk mengundur.

7. Berat – walaupun dipasang dengan sistem hibrid, motor, inverter dan juga bateri, keadaan ini tidak menyebabkan Artura menjadi berat. malah berat keseluruhan Artura hanyalah 1498kg saja, lebih ringan berbanding Honda NSX pada 1754kg

8. Prestasi – berat yang ideal dan trenkuasa yang moden membolehkan Artura memecut 0-100km/jam dalam masa 2.9 saat, 0-200km/jam dalam masa 8.3 saat dan halaju maksimum ialah 330km/jam

9. Pengendalian – Artura mengekalankan sistem suspensi double wishbone pada roda depan dengan bar anti oleng. Ia juga mengekalkan sistem stering electro-hydraulic bagi tujuan pengedalian yang lebih mekanikal. Bahagian belakang menggunakan MultiLink dengan rekaan yang lebih ringan dan kompak

Google ads
Back to top button