
UJIAN DYNO, BMW XM HASILKAN LEBIH BANYAK KUASA BERBANDING DENGAN IKLAN
BMW berusaha menaikkan semula satu lagi sub jenama perlumbaan yang menjadi lagenda satu ketika dulu iaitu M dengan menghasilkan model SUV hibrid paling berkuasa yang pernah dihasilkan oleh mereka. Namun pada masa yang sama BMW XM adalah model yang paling berat dihasilkan oleh BMW
Namun sama seperti produk BMW yang lain, BMW suka memperdayakan pelanggan dengan emngatakan kuasa yang dihasilkan oleh produk mereka adalah rendah namun ujian dyno membuktikan sebaliknya. Malah dalam sat video yang ditayangkan di Youtube juga membuktikan penyataan ini adalah benar
Bagi menguji kereta hibrid, kaedah yang digunakan adalah berbeza disebabkan kehadiran motor elektrik dan juga sistem hibrid yang digunakan. Tambah merumitkan keadaan ialah XM adalah model plug-in hybrid yang tidak dicaj sepenuhnya sebelum ujian dimulakan
Pasukan IND Distribution telah menjalan 4 kali ujian dyno di bengkel Performance Eurowerks, Illinois dan setakat ini kuasa tertinggi yang dihasilkan oleh BMW XM ialah 615 kuasa kuda dan 772Nm tork. Kuasa ini adalah kuasa yang sampai pada roda kenderaan dengan anggaran kehilangan kuasa pada unit transmisi sebanyak 20%
Dengan anggaran di atas, kuasa sebenar yang dihasilkan oleh enjin adalah sekitar 768 kuasa kuda dan 965Nm tork. Sebagai rujukan, BMW Amerika mengiklankan kuasa yang dihasilkan oleh BMW XM adalah sekitar 644 kuasa kuda dan 800Nm tork sahaja, namun kami kurang pasti samaada kuasa ini adalah kuasa enjin sahaja ataupun kuasa gabungan dengan sistem hibrid
Namun pasukan IND Distribution mengakui, adalah sukar untuk mengetahui kuasa sebenar yang dihasilkan oleh BMW XM secara tepat ketika Dyno dilakukan. Malah mereka juga tidak pasti mesin dyno yang digunakan di kilang BMW dan mode apakah yang digunakan oleh BMW XM ketika dyno dibuat. Mungkin juga banyak lagi potensi enjin S68 V8 turbo berkembar yang boleh diterokai.
Dalam keadaan yang standard, BMW XM boleh memcut 0-100 dalam masa 4.1 saat sahaja dengan halaju tertinggi pada 270km/jam. BMW XM adalah lebih laju berbanding dengan model asal BMW M yang mampu mencapai halaju 250km/jam

