
TUNGGANG JET SKI DI ATAS LEBUH RAYA – POLIS PUN TERKEJUT MACAM NI
Semasa sedang memandu di lebuh raya dan terserempak dengan jet ski sudah tentu kita akan menyangka yang ia sedang ditunda menggunakan SUV ataupun kenderaan darat lain. Lain pula kejadiannya di Daphne, Alabama di mana polis menerima panggilan dari seorang pemandu tentang seorang lelaki menunggang jet ski di lebuh raya Highway 98.
Bertindak selepas laporan diterima pihak polis segera mengesan penunggang terbabit tapi tiada sebarang kesalahan ditemui pada kenderaan pelik tersebut. Jet ski itu memenuhi semua syarat untuk digunakan di jalan raya.
Sayangnya cuma ada sekeping gambar yang diambil oleh pihak polis Daphne pada laman Facebook mereka. Jet ski ini mempunyai semua lampu yang sepatutnya ada pada sebuah motosikal termasuklah cermin pandang belakang krom. Bukan macam kita kat sini, ada cermin pandang belakang buang tapi bila jumpa sekatan jalan raya mulalah menggelabah biawak.
Penunggang tersebut merupakan warga tempatan Alabama dan polis cuma memberikan beliau amaran kerana tidak memakai topi keledar keselamatan. Undang-undang Alabama mewajibkan pemakaian topi keledar semasa menunggang.
Korang rasa kalau kat sini boleh lepas ke sekatan jalan raya kalau convert skuter korang jadi jet ski walaupun cukup semua syarat? Abang tanya ikhlas ni bukan nak perli mana-mana pihak okey.


