SALAH TEKAN PEDAL. LAMBORGHINI HURACAN GOSTAN MASUK TASIK
Seorang pemandu Lamborghini Huracan di Austria yang ‘keliru’ mengenai asas pemanduan menyebabkan jentera mewah terbabit gostan masuk ke dalam tasik.
Menurut pihak polis Austria, kejadian berlaku kira-kira pada pukul 10.50 malam apabila pemandu berasal dari Switzerland berusia 31 tahun dan seorang penumpang ingin memasuki kotak parkir berdekatan tasik Mondsee.
Selepas penumpang berusia 40 tahun itu keluar dari kenderaan, pemandu terbabit ‘keliru’ mengenai pedal brek ataupun pecutan sehingga memecut secara mengundur kira-kira 15 meter sekali gus terhumban ke dalam tasik berkenaan.
Jentera terbabit tenggelam dengan pantas tetapi pemandu berjaya menyelamatkan diri apabila berenang ke tebing tasik.
Penumpang Lamborghini berkenaan telah menghubungi pihak berkuasa dan melakukan bantuan kecemasan terhadap pemandu itu.
Dia dibawa ke hospital Vocklabruck untuk mendapat rawatan lanjut.
Pihak berkuasa mengambil masa kira-kira tiga jam untuk mengeluarkan jentera terbabit dengan bantuan lima penyelam dan sebuah kren daripada trak tunda. – jalopnik/carscoops
- BACA: BUGATTI VEYRON CALARKAN LAMBORGHINI AVENTADOR SEMASA PAKIR – KAU DAH KENAPA?
- BACA: REMPUH KERETA HINGGA TERBALIK, PEMANDU LAMBORGHINI DIPENJARA 2 MINGGU, DENDA RM9K
- BACA: LAMBORGHINI KUNING TAK BAYAR TOL, NETIZEN BERCANGGAH PENDAPAT
- BACA: PEGUAM NAK JUAL LAMBORGHINI. ALASAN BERALIH KERJAYA MAHU BELI 1,000 GERAI MI AYAM