Motosikal

LITAR MISANO PELUANG TERBAIK UCAP CIAO PADA PENYOKONG ITALI – ROSSI

Valentino Rossi sudah bersedia mengucapkan selamat tinggal kepada penyokong Itali pada saingan MotoGP Emilia-Romagna yang akan menjadi perlumbaan terakhir legenda itu di laman sendiri.

Juara dunia tujuh kali MotoGP, Rossi akan bersara pada penamat musim, menutup tirai karier panjangnya yang menjadikan dia ikon sukan berkenaan dan hero kepada jutaan rakyat Itali.

Penunggang berusia 42 tahun itu akan ke litar Misano buat kali terakhir di depan kira-kira 35,000 penonton dan menegaskan masanya sudah tiba untuk mengundur diri.

“Ini merupakan peluang terbaik mengucapkan ‘ciao’ kepada semua penyokong Itali, sentiasa hebat berlumba di Misano yang juga litar di tempat saya sendiri.

“Rentetan perjalanan karier yang panjang, lebih daripada 400 perlumbaan. Saya hanya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua orang kerana melalui tempoh menakjubkan di seluruh dunia.

“Ia sentiasa akan menjadi tempoh yang menyedihkan apabila anda akhirnya tiba di penghujung tetapi ia bagus, kami gembira melaluinya,” kata Rossi. – BH

Google ads
Back to top button