Buletin

PEGUAM NAK JUAL LAMBORGHINI. ALASAN BERALIH KERJAYA MAHU BELI 1,000 GERAI MI AYAM

Peguam terkenal di Indonesia, Hotman Paris Hutapea baru-baru ini menjadi bualan selepas berkata hendak menjual kereta mewah Lamborghini untuk membeli 1,000 unit gerai menjual mi ayam.

Hotman Paris menerusi hantaran di laman sosial Instagramnya memuat naik foto dia bersandar pada kenderaan mewah itu berserta komen:  ‘Dijual Lamborghini ini untuk beli 1,000 gerai  mi ayam’.

Peguam berusia 61 tahun itu, dikatakan mahu mengubah angina dalam kerjaya menjadi penjual mi  melalui hasil penjualan jentera mewah terbabit.

Dia memberi alasan beralih pekerjaan kerana ingin menghindari orang mengambil kesempatan menumpang populariti dirinya.

Foto dirinya bersandar pada  Lamborghini itu mendapat lebih 22,000 tanda suka dengan hampir ratusan komen netizen. –detik.com

Google ads
Back to top button