Buletin

LANGGAR DAN TOTAL LOSS VIVA, PEMANDU HURACAN GANTI DENGAN MYVI

Seorang pemandu Lamborghini Huracan bermurah hati untuk menghadiahkan sebuah Perodua Myvi kepada seorang makcik di Petaling Jaya. 

Langkah itu dibuat selepas pemandu berkenaan yang hanya dikenali sebagai Thomas telah melanggar sebuah Viva, menyebabkannya remuk teruk dan total loss.

Mujur tiada yang cedera akibat kemalangan tersebut dan kedua-dua belah pihak telah mencapai kata sepakat untuk kebaikan bersama.  

Menurut Thomas, dia mahu menghadiahkan sebuah Myvi kerana jumlah perlindungan insurans ke atas Viva itu sangat rendah. Cuma beberapa ribu sahaja dan tentunya tidak cukup untuk membeli sebuah kereta baharu. 

Apatah lagi, makcik itu merupakan seorang peniaga dalam talian dan mungkin hilang punca pendapatan kerana tiada kenderaan untuk dia menghantar barang atau melaksanakan urusan harian. Lagipun, tuntutan insurans akan mengambil masa beberapa bulan dan pastinya membebankannya. 

Walaupun sudah dihadiahkan dengan Myvi, tuntutan insurans tetap diteruskan. Wang itu kemudian boleh disimpan untuk kegunaan pada masa depan. 

Ketika negara berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai yang pendapatan mereka terjejas. Jadi, bantuan sebegini sememangnya membuktikan bahawa masih ada rakyat Malaysia yang tidak mementingkan diri sendiri. 

Myvi berwarna putih itu dikatakan sedang diuruskan sebelum diserahkan kepada makcik berkenaan yang membuat perniagaan penghantaran makanan yang dimasak di rumah.  

Google ads
Back to top button