Artikel PilihanBuletin

ZYRUS LP1200 – LAMBORGHINI HURACAN LIAR KHAS UNTUK LITAR PERLUMBAAN (VIDEO)

Bagi yang mampu memiliki sebuah Lamborghini Huracan, lama kelamaan mereka akan mula bosan dengan prestasi standard dan mahukan edisi Performante. Tapi kadang-kadang itu pun masih belum cukup. Jangan bimbang kerana ada sebuah syarikat tuner kecil yang mampu menaikkan lagi kuasa Huracan asal sehingga sehebat binatang buas di tengah rimba.

Huracan liar ini dikenali dengan nama Zyrus LP1200 dan dihasilkan oleh sebuah syarikat kecil di Norway yang dikenali dengan nama…err… Zyrus. Angka 1200 itu merujuk kepada kuasa kuda jentera yang dinaik taraf oleh mereka. Untuk rekod Huracan Performante mempunyai 630 hp kuasa maksima. Ini dah lebih dari sekali ganda tuan-tuan.

Zyrus juga turut berlumba dalam perlumbaan Norwegian Extreme GT Championship menggunakan Huracan Super Trofeo dan mereka menggunakan segala pengetahuan dan kepakaran mereka dalam perlumbaan untuk menghasilkan Huracan LP1200.

Zyrus merancang untuk mengeluarkan 24 unit Huracan LP1200 ini, 12 untuk kegunaan di litar perlumbaan dan 12 lagi untuk kegunaan jalan raya. Semua unit masih menggunakan enjin 5.2L V10 tetapi ditambah dengan set pengecas turbo yang mampu menaikkan kuasa sehingga 1,200 hp.

Mestilah tambah turbo saja mana cukup. Takkan la senang sangat prosesnya. Kuasa setinggi 1,200 hp itu juga hasil penggunaan ECU Motec, manifold Inconel dan set ekzos titanium. Menariknya Zyrus tidak menaiktaraf sistem transmisi klac berganda asal tetapi menukarnya terus kepada set kotak gear Xtrac Racing.

Walaupun banyak lagi tuner lain menawarkan pakej naik taraf Huracan siap dengan pakej turbo berkembar bagai, Zyrus pergi lebih jauh dengan menaik taraf keseluruhan rupa luaran Huracan ini. Keseluruhan bahagian hadapan, sisi, arca roda dan belakang direka semula dihasilkan dengan gentian karbon agar kelihatan lebih ganas.

Tengok sajalah bahagian diffuser belakang dan GT wing belakangnya. Ia memang berfungsi sepenuhnya dan mampu menghasilkan downforce sebanyak 1,200 kilogram. Bukan itu sahaja, berat keseluruhan kereta ini juga 1,200 kilogram. Nampak tak macam mana otak diorang berfikir?

Bahagian dalaman ditogelkan terus dan hanya beberapa bahagian asal sahaja dikekalkan. Mana yang tak perlu terus dikeluarkan.

Hah, macam mana dengan tahap modifikasi ini wahai abang-abang MLM? Takkan la balik-balik tukar body wrap. Kejap oren kejap hijau. Sakit mata dol.

Google ads
Back to top button