Artikel Pilihan

ZEEKR 007 2025, DENGAN TEKNOLOGI BATERI EMAS. 10-80% DALAM 10.5 MINIT.

Pengeluar kereta elektrik premium, Zeekr yang dimiliki oleh Geely telag melancarkan model 007 yang baru pada 13 Ogos lepas dengan menampilkan bateri yang serba baru serta rekaan ruang pemandu dengan teknologi kepintaran buatan.

Bateri ion lithium ini diberi nama Golden Battery ini ditawarkan dengan teknologi pengecasan pantas serba baru dalam 2 saiz yang berbeza samaada 75kWh ataupun 100kWh yang dibekalkan oleh CATL Qilin. Bateri varian 75kWh pula dibangunkan sendiri oleh Zeeks dengan teknologi pengecasan 5.5C, membolehkannya dicaj dari 10% ke 80% dalam masa 10.5 minit.

Zeekr menyatakan bateri yang yang dihasilkan oleh mereka adalah bateri yang paling pantas dalam proses pengecasan dan dihasilkan secara besar-besaran dan bukannya bateri eksperimen. Malah bateri ini juga melalui pelbagai ujian keselamatan yang ketat termasuklah ujian kebakaran pada suhu 1000 darjah Celcius

Terdapat 4 varian yang akan ditawarkan samaada pacuan roda belakang, pacuan roda belakang Long Range, pacuan semua roda dan varian pacuan semua roda prestasi tinggi. Varian termurah akan dijual dengan harga permulaan RM 130,000.

Varian pacuan roda belakang boleh memecut dari 0-100km/jam dalam masa 5 saat manakala varian pacuan semua roda boleh memecut 0-100km/jam dalam masa 3.4 saat. Bagi varian prestasi tinggi, masa tersebut dikurangkan kepada 2.84 saat sahaja.

Dengan menggunakan platform Sustainable Experience Architecture 800 volt, Zeekr 007 boleh dipandu sejauh 688km untuk satu pengecasan penuh dengan menggunakan bateri 75kWh. Bagi varian 100kWh, ia boleh dipandu sejauh 870km dengan kecekapan sistem adalah sekitar 12.5kWh bagi setiap 100km perjalanan.

Dengan menggunakan pengecaj DC 60kW dan dicaj selama 15 minit sahaja , Zeekr boleh dipandu sejauh 610km bagi semua varian. Untuk sistem keselamatan aktif, Zeekr 007 datang dengan sistem pemanduan pintar 2.0 lengkap dengan sistem LIDAR dan 2 cip Nvidia Orin X bagi tujuan pengiraan komputer.

Dengan bantuan sehingga 30 sensor, Zeekr boleh melalui 30 jenis persimpangn jalan dengan keberkesanan mencapai 95%. Sistem pemanduan pintar ini juga boleh mengemudi melalui 1000 senario pemanduan selain berupaya memarkir sendiri tanpa sebarang input daripada pemandu

Google ads
Back to top button