Motosikal

HONDA CB400 4-SILINDER GENERASI BAHARU BAKAL DEBUT DI EICMA?

Ketika ini, rata-rata pengeluar motosikal dunia sedang melakukan persiapan awal sempena EICMA 2024 yang akan berlangsung di Milan, Itali pada November. 

Pameran motosikal terbesar dunia itu terkenal sebagai medan utama buat pengeluar dunia mempamerkan model baharu untuk pasaran akan datang. 

Terbaru, Honda didakwa bakal mengembalikan model 4-silinder popular, CB400 di EICMA 2024. Berdasarkan laporan Young-Machine di Jepun, Honda CB400 itu akan turut ditawarkan dengan trasnmisi E-Clutch baharu. 

Buat masa ini info terperinci masih lagi samar namun difahamkan Honda membangunkan platform baharu itu di China bagi memastikan kos pembangunan lebih rendah sekaligus menjadikan model CB400 lebih mampu milik. 

Selain itu, CB400 generasi terbaru itu tidak lagi mengguna pakai platform V-Tec seperti model terdahulu sebaliknya sebuah enjin serba baharu yang mencapai standard emisi Euro 5+ yang berkuat kuasa 2025.

Meskipun begitu, laporan di Jepun mendakwa bahawa CB400 generasi terbaru itu akan menawarkan kuasa dan tork yang sama seperti CB400 SF yang telah pun dihentikan pengeluaran pada 2022. Pada masa sama, tawaran E-Clutch juga menjadikan CB400 generasi baharu itu lebih ‘friendly’ untuk pasaran global. 

Apa yang pasti, segalanya akan terjawab sebaik EICMA 2024 buka tirai pada November ini. 

Google ads
Back to top button