UMW TOYOTA CATAT HASIL JUALAN MELEBIHI 9,000 UNIT BAGI JULAI 2024
UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) mencatatkan prestasi jualan yang kukuh pada bulan Julai 2024 dengan jumlah jualan melebihi 9,000 unit.
Pencapaian ini membawa jumlah jualan keseluruhan setakat tahun ini kepada lebih daripada 55,800 unit sehingga Julai 2024.
Memanfaatkan momentum ini, UMWT telah memperluas barisan model Lexus dengan memperkenalkan dua model baharu menarik bulan lalu, iaitu Lexus RZ 450e SUV elektrik – model BEV sepenuhnya pertama, dan Lexus LBX – sebuah SUV hibrid dengan pengecasan sendiri.
Melalui kempen ‘More than Electric’, Lexus Malaysia menekankan komitmen mereka terhadap strategi elektrifikasi yang merangkumi kedua-dua kenderaan hibrid dan elektrik sepenuhnya, sekaligus mentakrifkan semula konsep kemewahan dengan fokus ke arah masa depan lebih mampan.
Sebagai sebahagian daripada komitmen mereka untuk meningkatkan pengalaman pembelian, UMWT memperkenalkan promosi “Discover Merdeka Exclusives” untuk bulan Ogos 2024.
Pembeli kereta berpeluang menikmati penjimatan promosi, termasuk promosi bernilai sehingga RM8,000 untuk Corolla Cross Hybrid Electric, dengan ansuran bulanan bermula dari hanya RM1,058.
Selain itu, program Toyota Service Savers pula menawarkan ansuran bulanan bermula serendah RM31.
UMWT juga bersiap sedia untuk menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia dengan acara Merdeka Showroom Weekender yang bertemakan patriotik pada 17 dan 18 Ogos 2024.
Acara ini akan diadakan di semua bilik pameran Toyota di seluruh negara dari jam 9 pagi hingga 5 petang, memberikan peluang kepada pengunjung untuk memandu uji model popular Toyota seperti Vios, Yaris, Corolla Cross Hybrid Electric, dan Hilux serta melibatkan diri dalam aktiviti komuniti.
Bukan itu sahaja, para hadirin boleh meneroka pilihan tukar beli dan kereta terpakai dari cawangan Topmark.
Untuk maklumat lanjut dan kemas kini acara di masa hadapan, ikuti halaman Facebook Toyota Malaysia.
- BACA: BASIKAL TREK JEPUN, V-IZU TCM-2 BERNILAI RM621K, LEBIH MAHAL BERBANDING PORSHE 911!
- BACA: DELOREAN DMC-12 JUGA AKAN DIPAMERKAN DI SALON PRIVE YANG DILENGKAPI DENGAN TRENKUASA ELEKTRIK SEPENUHNYA
- BACA: MESTI TONTON – FILEM CABARAN REKOD ALTITUD TINGGI PORSCHE
- BACA: MERCEDES EQE TERBAKAR DI KOREA, BATERI DARI FARASIS ENERGY