
SDAC TAWAR PROGRAM FORD ASSURED UNTUK KENDERAAN FORD TERPAKAI
Sime Darby Auto ConneXion (SDAC) kini menawarkan program Ford Assured, sebuah inisiatif yang menawarkan model-model kenderaan Ford terpakai yang mendapat perakuan.
Program ini diperkenalkan sebagai sebahagian daripada komitmen SDAC untuk meningkatkan pengalaman pelanggan yang mencari kenderaan terpakai berkualiti.
Tujuan utama program Ford Assured adalah untuk memberikan keyakinan dan ketenangan fikiran kepada pelanggan yang mempertimbangkan pembelian kenderaan Ford terpakai.
Setiap kenderaan Ford terpakai akan menjalani Pemeriksaan 96-Titik yang dikendalikan oleh juruteknik bertauliah, memastikan setiap aspek dari prestasi mekanikal hingga rupa bentuk kenderaan memenuhi standard tertinggi.

Program Ford Assured juga menawarkan jaminan 12 bulan bagi enjin dan kotak gear untuk kenderaan yang warantinya telah luput, tertakluk kepada terma dan syarat tertentu.
Syarat-syarat ini termasuk jarak perjalanan kenderaan di bawah 140,000km untuk Ranger dan 80,000km untuk Everest, serta usia kenderaan tidak melebihi 5 tahun.
Selain itu, alat ganti kenderaan harus dipasang dan diservis oleh wakil penjualan Ford yang sah.
Kepada anda yang berminat, tawaran eksklusif program Ford Assured ini kini boleh didapati di bilik pameran Ford Ara Damansara.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web SDAC Ford Malaysia di https://www.sdacford.com.my/shop/ford-assured
- BACA: NISSAN, FISKER JALIN KERJASAMA – LABUR RM1.8 BILION UNTUK EV
- BACA: HYUNDAI IONIQ 5 FACELIFT DIPERKENALKAN MAC 2024 – BATERI LEBIH BESAR, JARAK GERAK 533KM
- BACA: KTM 390, 990 DUKE DAN 1390 SUPER DUKE R 2024 LANCAR APRIL INI
- BACA: SAFETY CAR F1 ASTON MARTIN VANTAGE BAHARU – PENUH DENGAN SKRIN DAN BUTANG WOO