Buletin

TAK DAPAT WILDTRAK, FORD RANGER 2.2L FX4 PUN OK

Jika anda rasa Ford Ranger sedia ada (kecuali Wildtrak) tidak cukup sporty, jangan bimbang. Ini kerana Sime-Darby Auto Connexion (SDAC) akan memperkenalkan varian Ranger baharu tidak lama lagi.

Dikenali sebagai Ranger FX4, trak pikap itu dibina di atas model Ranger XLT 2.2L. Cuma apa yang istimewa, ia dilengkapi pelbagai ciri baharu yang membuatkannya kelihatan begitu menarik.

Bakal dilancarkan secara rasmi pada 20 April depan, penambahan ciri pada Ranger FX4 termasuklah:

  1. Rim aloi bersaiz 18 inci
  2. Tempat duduk dibalut kulit dengan logo FX4
  3. Kemasan dalam kulit
  4. Roof rails
  5. Skim warna badan FX4 – merangkumi gril hadapan, bampar belakang, lampu sisi, perumah lampu kabus dan hendal pintu dicat hitam
  6. Skim warna ruang kabin FX4 (panel papan pemuka, pintu dan stereng berwarna gelap)
  7. Pelekat FX4 pada bahagian luar
  8. Pemijak sisi dan Sport Bar yang unik

Aspek mekanikal tidak berubah. Ranger FX4 menggunakan enjin sama pada model XLT iaitu empat silinder turbodiesel bersesaran 2.2 liter. Mampu menjana sehingga 158hp dan tork 385Nm, kuasa itu kemudian disalurkan ke roda menerusi kotak gear automatik enam kelajuan.

Ford Ranger 2.2L FX4 didatangkan dalam dua warna iaitu kelabu (Meteor Grey) dan Aluminum Metallic. Jika berminat FX4 ditawarkan pada harga anggaran RM121,888 untuk Semenanjung Malaysia dan RM127,688 di Sabah/Sarawak (di atas jalan tidak termasuk insurans).

BACA: FORD RANGER WILDTRAK JETBLACK EDISI TERHAD – RM141,588

BACA: FORD RANGER 3.2 EDISI TERHAD VALENTINO ROSSI – VRI46

GALERI 

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button