Artikel Pilihan

BEST KE KUMPUL KERETA PASUKAN LUMBA SHELL? SIAP DENGAN TEKNOLOGI BLUETOOTH

Mulai 8 Oktober sehingga 8 Disember 2022, anda berpeluang untuk mengumpul kesemua Shell Motorsport Collectible Cars dengan 7 model yang berbeza dalam pelbagai sukan perlumbaan yang berbeza. Ini merangkumi sukan perlumbaan F1, Gran Turismo, Formula E, rali dan juga Indycar.

Antara yang anda boleh kumpul ialah Ferrari SF90, BMW M4 Motorsport, Nissan Formula E, Hyundai i20 Coupe WRC, Shell V Power Racing Team Ford Mustang GT, Team Penske Indycar, dan Team Penske Ford Mustang GT.

Semua model kereta ini boleh dibeli dengan harga RM 30 sahaja, dengan syarat anda perlu mengisi petrol sebanyak RM 50 samaada petrol RON95, Shell V-Power RON 97 dan juga Shell V-Power Racing. Anda boleh menyimpan sahaja kereta koleksi ini dalam kotak sebagai perhiasan.

Atau jika anda berminat, beli satu lagi aksesori tambahan iaitu Rechargeable Bluetooth Remote Control Battery yang boleh dipasang pada kereta mainan ini. Bateri ini akan digunakan untuk memberi kuasa kepada kereta mainan ini dan boleh dikawal dengan menggunakan teknologi Bluetooth.

Apa yang anda perlu buat ialah muat turun aplikasi khas dengan menggunakan kod QR. Aplikasi ini membolehkan anda mengawal kereta mainan ini termasuklah menghasilkan bunyi enjin, hon dan menyalakan lampu LED. Tidaklah laju sangat tapi sudah cukup untuk menceriakan hidup anda

Owh sebelum saya terlupa pengguna boleh membeli minyak pelincir Shell Helix Ultra / Shell Helix Fuel Save / Shell Helix Power dan anda berpeluang mendapat Ferrari SF90 beserta dengan Rechargeable Bluetooth Remote Control Battery secara percuma.

Google ads
Back to top button