Buletin

SHELL TUKAR NAMA JADI SHELL PLC. PINDAH HQ DARI BELANDA KE BRITAIN

Shell secara rasmi telah menukar nama dengan menggugurkan “Royal Dutch” yang menjadi sebahagian daripada identitinya sejak tahun 1907. Ini berikutan rancangan untuk menghapuskan struktur dua pegangan saham dan memindahkan ibu pejabatnya dari Belanda ke Britain.

“Shell mengumumkan keputusan Lembaga Pengarah untuk menukar nama kepada Shell plc pada 20 Disember 2021. Perubahan itu berkuat kuasa serta-merta,” jelas Shell dalam satu kenyataan rasmi.

Bursa saham London dan Amsterdam akan menggunakan nama baharu itu pada 25 Januari, diikuti oleh New York Stock Exchange pada 31 Januari 2022. Pertukaran nama itu bagaimanapun tidak menjejaskan pemilikan saham A dan B buat masa sekarang.

Saham-saham itu dirancang untuk digabungkan menjadi satu saham biasa bermula 29 Januari depan.

Pada November lalu, Shell mengumumkan bahawa ia akan menghapuskan struktur saham berkembar dan memindahkan ibu pejabatnya di The Hague ke London. Pendekatan itu diambil selepas ia berdepan tekanan perubahan iklim di mahkamah dan cukai daripada kerajaan Belanda.  

Firma tenaga itu sudah lama tidak sehaluan dengan pihak berkuasa Belanda yang mengenakan cukai sebanyak 15 peratus di atas pegangan saham. Cukai itu juga membuatkan Belanda sebagai destinasi pelaburan yang  kurang menarik dalam kalangan pelabur antarabangsa.

Shell memperkenalkan du akelas struktur saham pada tahun 2005 selepas melakukan rombakan korporat. Ia dijadual mengadakan mesyuarat ahli Lembaga Pengarah pertama di London pada 31 Disember depan.  

Google ads
Back to top button