SHELL DAN TOTAL TEMUI LEBIH 1 BILION TONG MINYAK DI NAMIBIA
TotalEnergies dan Shell mengumumkan pada awal tahun ini bahawa kedua-dua syarikat itu berjaya menemui minyak dan gas di luar pesisir pantai Namibia. Penemuan itu menjadikan Namibia sebagai pengeluar minyak terkini di sepanjang pantai Atlantik Afrika.
Syarikat itu bagaimanapun tidak memberi perincian lanjut kuantiti yang ditemui. Tetapi menurut sumber, penemuan adalah lebih 1 bilion tong dalam kuantiti komersial.
“Aspek komersial itu ada. Mereka pada asasnya ingin mendapatkan kepastian sebelum membuat pelaburan dan tahu kuantiti minyak yang tepat,” kata Menteri Perlombongan dan Tenaga Namibia, Tom Alweendo kepada Reuters di persidangan minyak di Dakar, Senegal.
Firma berkenaan sedang dalam proses menggerudi telaga kedua dan ketiga. Menjelang akhir tahun mereka akan melakukan penilaian selain akan mempunyai jumlah anggaran.
Kedua-dua syarikat berminat untuk mempercepatkan proses pengeluaran dan memberitahu akan mula mengeluarkan minyak serta gas tersebut dalam tempoh empat tahun. – Reuters