Buletin

DAPATKAN KOLEKSI SHELL MOTORSPORT EDISI TERHAD. ISI MINYAK MINIMUM RM50, BOLEH BELI RM30 SEUNIT

Nikmati keseronokan berlumba bersama keluarga dan rakan-rakan dengan Koleksi Shell Motorsports terbaru yang menampilkan kereta kawalan jauh Bluetooth, hasil kerjasama Shell dengan syarikat terkemuka dalam arena sukan permotoran.

Buat pertama kalinya, beberapa pengeluar peralatan asli (OEM) dan syarikat permotoran menjalin kerjasama untuk menampilkan prestasi Shell V-Power. Kelebihan Shell V-Power ditonjolkan melalui kerjasama rapat yang terjalin dimana Shell menguji prestasi minyak ini dalam persekitaran ekstrim di litar lumba dan membolehkan pelanggan menggunakannya untuk kenderaan harian mereka. 

Koleksi Shell Motorsports menampilkan tujuh model iaitu: 

  • Ferrari SF90
  • BMW M4 Motorsport
  • Nissan Formula E Gen 2 Car
  • Hyundai i20 Coupe WRC
  • Shell V-Power Racing Team Ford Mustang GT
  • Team Penske Indycar
  • Team Penske Ford Mustang GT

Koleksi Shell Motorsport dilengkapi ciri istimewa iaitu Bateri Pintar yang diintegrasikan dengan cip Bluetooth dalam sel litium yang bolej dicas semula. Bateri pintar itu dibangunkan dengan kerjasama BrandBase dan 12 pemegang hak seperti Ferrari, BMW, Hyundai, Ford dan Nissan.

Setiap kereta juga dilengkapi enjin elektrik dan boleh dikawal dengan mudah menggunakan telefon pintar melalui aplikasi Shell Racing. Aplikasi percuma itu boleh didapati di App Store dan Google Play yang menggabungkan permainan secara jarak jauh dan digital.

Pengurus Besar Mobility Shell Malaysia, Seow Lee Ming menjelaskan setiap model dalam koleksi ini mewakili momen penting dalam sejarah sukan permotoran.

“Koleksi terbaru ini meraikan antara kereta lumba terbaik yang banyak mencipta perubahan dalam dunia perlumbaan seperti kereta rali hibrid Hyundai i20 dan Team Penske’s Indycar,” kata Lee Ming.

Kereta rali hibrid Hyundai i20 telah memenangi Kejohanan Rali Dunia (WRC) di Greece dan memperoleh kemenangan untuk semua jenis bentuk muka bumi – kerikil, salji, campuran dan tarmac.

Team Penske Indycar pula adalah pelopor dalam industri Indycar dan mempunyai 100% bahan api perlumbaan yang boleh diperbaharui dengan 60% pengurangan untuk pelepasan gas rumah hijau.

“Pelanggan menjadi keutamaan dalam segenap aspek perniagaan kami. Setiap kali mereka berhenti di stesen minyak Shell, kami mahu menyediakan peluang untuk mereka mencipta kenangan yang tidak dapat dilupakan bersama keluarga dan rakan-rakan. Dengan koleksi terbaru ini, kami harap mereka dapat menikmati keseronokan bermain dan berlumba bersama orang tersayang, di mana-mana sahaja,” kata Lee Ming.

Mulai 8 Oktober hingga 8 Disember, satu kereta edisi terhad ini akan dikeluarkan setiap minggu secara eksklusif di stesen minyak Shell di seluruh negara. Pelanggan boleh membeli kotak Koleksi Motorsport dengan harga RM80 apabila mereka mengisi minyak Shell V-Power Racing berjumlah RM80 dalam satu resit.

Model kereta atau bateri pintar Bluetooth boleh didapati secara berasingan pada harga RM30 dengan setiap pembelian minyak minimum RM50. Pelanggan juga boleh mendapatkan kereta lumba eksklusif Ferrari SF90 dan satu bateri pintar percuma apabila mereka membeli Shell Helix Lubricant 4L terpilih di stesen minyak Shell.

Bagi meraikan pelancaran koleksi ini, Shell akan menganjurkan satu acara di KL Sentral mulai 17 hingga 23 Oktober dan di Mid Valley Megamall mulai 26 hingga 30 Oktober. Acara itu bakal memberi pengalaman eksklusif kepada orang ramai untuk mencuba kesemua 7 model kereta lumba di litar lumba yang direka khas untuk menampilkan suasana atau persekitaran ketika model-model kereta ini meraih kemenangan mereka. 

Jangan lupa mendapatkan kereta kawalan jauh Bluetooth edisi terhad ini di stesen minyak Shell di seluruh negara pada 8 Oktober hingga 8 Disember, sementara stok masih ada.

GALERI

Google ads
Back to top button