Buletin

BANGUN SEPERTI TIADA APA YANG BERLAKU SELEPAS DIREMPUH BAS DUA TINGKAT – DIA NI SPIDER-MAN KE APA?

Seorang lelaki mengejutkan orang ramai apabila satu klip video menunjukkan dia dilanggar sebuah bas dua tingkat tular di internet.  

Namun, apa yang peliknya, Simon Smith bertindak seperti tiada apa-apa yang berlaku. Sebaliknya, sebaik sahaja bangun daripada rempuhan kuat tersebut, dia bangun dan masuk ke dalam sebuah bar berhampiran.

Video itu dirakam di sebatang jalan di Reading, England. Insiden terbabit membuatkan Smith tercampak hampir enam meter. Dia jelas diselamatkan oleh sebatang tiang elektrik dan dinding bangunan.

Menurut laporan akhbar The Sun, Smith kemudian dirawat di sebuah hospital dan hanya mengalami kecederaan ringan.

Smith berkata, pada awalnya pegawai polis dan kakitangan hospital tidak percaya apabila dia memberitahu mereka dia dilanggar bas. Dia juga sedar sepenuhnya sepanjang kemalangan itu berlaku.

“Mereka yakin jika saya dilanggar bas, saya tidak akan berada di sini. Mereka kata, ‘Bukan, anda terkena serpihan sahaja’. Kemudian seorang pegawai polis melihat rakaman CCTV dan berkata, ‘Maafkan saya, anda tidak berbohong’,” cerita Smith.

Smith menjelaskan bahawa dia masuk ke dalam bar untuk mendapatkan perlindungan. Setakat ini, tiada sebarang tangkapan dibuat. Polis dan syarikat bas terbabit masih melakukan siasatan.

Panjang umur dia ni…

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button