Buletin

SISMA AUTO BUKA PUSAT 3S PREMIUM PELBAGAI JENAMA

SISMA Auto baru-baru ini mengumumkan pembukaan SISMA Auto Hub, pusat 3S premium pelbagai jenama baharu yang membolehkan pelanggan untuk membeli, menjual atau mendapatkan servis bagi sebarang jenama kereta mewah.

Kemudahan tersebut terletak di tapak yang dahulunya merupakan pusat 3S Jaguar Land Rover di Glenmarie, Shah Alam.

Ini berikutan langkah yang diambil oleh Jaguar Land Rover (Malaysia) Sdn Bhd (JLRM), usaha sama antara SISMA Auto dan Sime Darby untuk menggabungkan operasi runcitnya di Malaysia.

Langkah berkenaan menyaksikan pengambilalihan aset pengedar dan pemindahan kakitangan daripada Sime Darby Auto Connexion dan SISMA Auto. Selain penggabungan operasi runcit ke Ara Damansara dan Jalan Sultan Ahmad Shah, Pulau Pinang.

Walaupun SISMA Auto masih mengekalkan pegangan yang signifikan bagi perniagaan Jaguar Land Rover sebagai rakan niaga di JLRM, ia kini merancang untuk menggunakan pengalamannya selama lebih 25 tahun sebagai pengedar francais bagi Jaguar, Land Rover dan Volvo untuk menawarkan pengalaman 3S premium yang sama untuk sebarang jenama kereta mewah.

SISMA Auto Hub Glenmarie menampilkan bilik pameran yang mampu memuatkan 14 buah kereta dan 16 ruang servis, dilengkapi dengan peralatan diagnostik terkini.

Pelanggan SISMA Auto Hub boleh:

  • membeli kereta mewah terpakai yang disahkan daripada nama yang dipercayai
  • menjual kereta mewah terpakai mereka pada harga yang berpatutan, dengan cepat dan telus
  • mendapatkan khidmat servis untuk apa jua jenama kereta mewah yang dibeli daripada mana-mana juga dengan mudah.

“Bagi kami, pengalaman premium 3S wajar disediakan untuk semua pemilik kereta mewah. Di SISMA Auto Hub, pasukan kami yang berkemahiran tinggi akan memberikan perkhidmatan terbaik yang sinonim dengan SISMA Auto,” kata Syed Khalil bin Syed Ibrahim, Pengarah Urusan, SISMA Auto.

Selain Jaguar Land Rover (Malaysia) dan SISMA Auto Hub, syarikat kini mengendalikan dua cawangan Volvo di Bukit Bintang dan Selekt di Glenmarie yang terletak bersebelahan dengan SISMA Auto Hub.

SISMA Auto menyasarkan untuk terus berkembang bersama jenama Volvo di Malaysia. Ia juga telah memulakan kerja pembinaan pusat kemudahan utama Volvo 3S di Sungai Besi.

Pusat 3S empat tingkat yang mempunyai keluasan 50,000 kaki persegi itu melambangkan kemajuan perniagaan Volvo yang dikendalikan oleh SISMA Auto. Kemudahan baharu itu dijangka mula beroperasi pada penghujung 2022.

GALERI

Google ads
Back to top button