
RASMI: HONDA VARIO 125 STREET LANCAR DI MALAYSIA – RM7,468
Boon Siew Honda (BSH) dengan rasminya memperkenalkan Honda Vario 125 Street baharu untuk pasaran tempatan dengan harga jualan RM7,468.
Bagi tahun 2026, Vario 125 Street tampil dengan reka bentuk yang lebih segar dan ciri yang dipertingkat.
Tumpuan terarah kepada bahagian handlebar dan meter digital LCD yang menampilkan rekaan terdedah sekaligus mewujudkan rupa yang lebih unik.

Vario 125 Street ini juga lebih praktikal dengan kehadiran slot pengecas USB-C dan ruang barangan berkapasiti 18L yang boleh memuatkan sebuah helmet open-face.
Antara ciri lain ditawarkan termasuk dua poket dihadapan dengan satu boleh ditutup, kunci pintar (keyless) serta pencahayaan LED penuh di depan dan belakang.

Menggerakan Vario 125 Street adalah enjin eSP 124.9cc SOHC yang sama terdapat pada Vario 125 dan berupaya menghasilkan 11.5hp pada 8,500rpm dan 11.9Nm pada 5,000rpm. Kuasa disalurkan kepada tayar belakang menerusi transmisi automatik CVT.
Vario 125 Street tidak dilengkapi dengan ABS sebaliknya menawarkan ciri CBS (combined brake system) dan tangki bahan api berkapasiti 5.5L.
Bagi pasaran tempatan, Honda Vario 125 Street ini datang dengan dua warna pilihan, ungu dan putih.









