
USAHA SAMA GEELY, RENAULT DAN SAUDI ARAMCO: RENAULT DAN GEELY SEDIA 17 KILANG
Usaha sama Geely, Renault dan Saudi Aramco untuk menghasilkan enjin pembakaran dalaman kini berada di peringkat seterusnya setelah memeterai penjanjian kerjasama baru-baru ini.
Menurut laporan, ketiga-tiga syarikat itu akan menggunakan sembilan kilang Geely, lapan lagi kilang adalah milik Renault di Amerika Latin, Eropah serta Turkiye.
Daripada jumlah tersebut, lapan kilang bertempat di China, manakala kilang kesembilan terletak di Skovde, Sweden yang dikendalikan oleh unit enjin pembakaran Volvo Cars.

Secara keseluruhan, ia memiliki 17 kilang termasuk pusat R&D di Amerika Latin dan Eropah.
“Perkongsian dengan Aramco ini meningkatkan rangkaian kuasa ketiga-tiga syarikat. Saudi Aramco berperanan membantu membangunkan inovasi dalam bidang bahan api sintetik atau hidrogen,” kata Ketua Eksekutif Kumpulan Renault, Luca de Meo.
Beroperasi sebagai pembekal global kendiri, kira-kira 19,000 tenaga kerja dibekalkan di lebih 130 negara, sekaligus sasaran membina sehingga 5 juta enjin pembakaran dalaman, hibrid dan enjin hibrid plug-in setiap tahun mampu dijayakan.
- BACA: SAUDI ARAMCO BAKAL HASILKAN ENJIN ICE, HIBRID, PHEV DENGAN RENAULT DAN GEELY
- BACA: HARGA MINYAK DUNIA MELONJAK, SAUDI ARAMCO KINI BERNILAI RM10.6 TRILION
- BACA: ARAB SAUDI ARAH ARAMCO KURANGKAN PRODUKSI MINYAK KEPADA 7.5 JUTA TONG SEHARI
- BACA: PASUKAN MOTOGP ARAMCO RACING TEAM VR46 BAKAL GUNA JENTERA DUCATI MUSIM DEPAN









