Artikel Pilihan

LEWIS HAMILTON ULANG AKSI TAHUN LEPAS DI TOKYO – KALI NI DENGAN R34 GT-R BAYSIDE BLUE

Tentu semua masih ingat aksi pemanduan Lewis Hamilton di Tokyo tahun lepas dengan Nissan GT-R yang disewa. Syarikat sewa kereta yang memiliki kereta tersebut merasakan aksi tersebut tidak patut dilakukan. Kereta tersebut juga telah dicuri tapi berjaya ditemui kembali. Kini Hamilton sekali lagi memuat naik aksi yang lebih kurang sama di Tokyo tapi menggunakan kereta yang berbeza; Nissan Skyline R34 GT-R babeh.

Hamilton memang antara pelumba F1 paling berjaya tapi aksi beliau di jalan raya Tokyo memang mengejutkan peminat khususnya pengikut Instagram beliau. Mungkin sebab itu beliau bikin satu lagi video untuk tahun ni kot?

Kali ini Hamilton menggunakan R34 GT-R berwarna Bayside Blue. Yaa, ala-ala Paul Walker gitew. Memang salah satu kereta idaman kami ni. Dah la kereta ni siap gunakan rim Nismo LMGT4 yang membuatkan airliur peminat meleleh-leleh.

Jurugambar dan pembantu yang sama digunakan daru tahun lepas. Tim Mcgurr atau juga dikenali sebagai 13thwitness. Video bermula berhampiran kaki menara Tokyo sebelum bergerak sepanjang malam.

Hamilton mempamerkan aksi hampir selama 90 saat dalam video ini. Gambar pun cukup terang melalui Shuto Expressway di Tokyo selain aksi-aksi donat di kawasan pakir kosong sekitar Tokyo. Menarik juga nampak video ni. Mungkin lain kali kalau pergi Tokyo kami boleh cuba buat. Harap tak kena tangkap atau saman dengan polis sana.

Google ads
Back to top button