Buletin

BIAR BAU BUSUK. JANGAN PAKAI DEODORAN, PAKAI PELITUP MUKA!!!

Syarikat pengendali pengangkutan awam di Berlin, BVB, mengambil pendekatan baharu dalam usaha memastikan penduduk Berlin memakai pelitup muka dengan betul.

Menurut laporan Deutche Welle, syarikat yang mengendalikan perkhidmatan U-Bahn, tram dan bas di bandar itu menggalakkan para penunggang untuk tidak memakai deodoran.

Melalui hantaran tweet yang dimuat naik awal minggu lalu,  syarikat berkenaan memaklumkan “anda tidak memberi kami sebarang pilihan” tetapi untuk melarang penggunaan deodoran.

Secara logik, dalam membendung penularan COVID-19 tetapi mengurangkan kawalan sekatan, Berlin (dan seluruh Jerman) telah melaksanakan polisi mewajibkan pemakaian pelitup muka di kawasan awam.

Tidak terkecuali, seperti negara-negara lain di seluruh dunia pelaksanaan pemakaian pelitup muka turut diwajibkan ketika menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.

Biarpun, kepatuhan terhadap pelaksanaan tersebut sangat tinggi malah dikenakan denda sekiranya mengabaikan penggunaan pelitup muka tetapi masih terdapat yang menggunakannya dengan cara salah.

Mereka hanya menutup mulut dan membiarkan hidung terdedah. Ia merupakan satu masalah besar. Mungkin ada yang beranggapan tindakan tersebut kecil tetapi ia adalah sangat besar.

Memandangkan mulut dan hidung saling berhubung ke sistem pernafasan, menutup satu sahaja tidak memadai dalam keberkesanan penggunaan pelitup muka. Jadi, di sinilah penggunaan deodoran memainkan peranan.

Sekiranya para penumpang didorong untuk membiarkan aroma semulajadi tubuh badan mekar di udara terutama pada musim panas, mereka akan mendorong antara satu sama lain melindungi muka dengan pelitup muka sekali gus menghindari bau busuk dan virus.  

Secara keseluruhan, Jerman mengawal penularan pandemik dengan baik tetapi Berlin merupakan hotspot dalam jangkitan baharu. Justeru, para pegawai pengangkutan awam sangat menitikberatkan polisi pemakaian pelitup muka.

Apatah lagi apabila penggunaan perkhidmatan awam menunjukkan peningkatan sebanyak 50 peratus pada awal bulan Jun. -jalopnik


Google ads
Back to top button