
BLACKBERRY INGIN TAWAN DUNIA AUTOMOTIF PULA
BlackBerry merupakan jenama besar yang gagal dalam industri mudah alih walaupun masih bergelut dalam pembangunan peranti Android.
Syarikat berpangkalan di Kanada itu sedang membangunkan peranti Android lebih moden menggunakan papan kekunci QWERTY.
Selain memberi tumpuan kepada pembangunan peranti terbaharu, Blackberry turut berusaha meneroka pasaran baharu termasuk industri automotif.
Apa yang BlackBerry ingin lakukan adalah bersaing bersama Android dan Linux dalam menjana pengalaman pemanduan dalam kenderaan elektrik.

Terbaharu, syarikat ini telah menandatangani perjanjian bersama Desay SV Automotive dalam membangunkan domain kawalan pemanduan autonomi untuk Xpeng P7 yang dibangunkan Xpeng Motors.
Dalam erti kata lain, BlackBerry akan membangunkan sistem operasi manakala Desay menyumbang unit kawalan pemanduan automatic yang dikenali sebagai IPU-03.
Kedua syarikat ini merancang menawarkan pengalaman pemanduan unik dalam kenderaan elektrik kepada para pengguna di negara China.
Apa yang menarik tentang QNX ialah ia akan memberi tumpuan kepada aspek keselamatan yang merupakan sebahagian DNA BlackBerry sejak beberapa tahun lalu.

Ketika kenderaan semakin pintar dengan penambahan telnologi terkini, pelaburan keselamatan perisian industri automotif perlu menjadi keutamaan dalam menjaga kepentingan pengguna.
BlackBerry memiliki kepakaran dalam bidang ini dan berharap QNX bakal menjadi platform pilihan lebih banyak pengeluar kenderaan.
Bagi sistem pemanduan pintar di Xpeng X7, ia hanya menggunakan hardware generasi terkini termasuk platform NVIDIA Xavier yang berkebolehan membaca dan analisis data melalui sensor lebih pantas berbanding produk pesaing.
“Platform NVIDIA Xavier memiliki kapasiti pengkomputeran hingga 30 trilion operasi sesaat (TOPS) sekali gus mampu memproses input data yang besar dari pelbagai sensor kenderaan termasuk radar, kamera, sistem lidar dan ultrasonik,” kata BlackBerry dalam satu kenyataan.
- BACA: NISSAN HENTIKAN PRODUKSI TEANA, SYLPHY & X-TRAIL DI THAILAND. MAHU FOKUS MODEL LEBIH KECIL DAN ELEKTRIK
- BACA: ORDER KERETA SPORTS ELEKTRIK, YANG SAMPAI GOLF KART WARNA MERAH JAMBU
- BACA:BMW PILIH JALAN MENYERAMKAN UNTUK MEMPROMOSI PEMANDUAN AUTONOMI (+VIDEO)
- BACA: XPENG PERKENAL P7 DI CHINA – DAKWA JAUH LEBIH BAIK BERBANDING MODEL 3