
BMW X6 PASRAH TERPAKSA GUNA PEMADAM API PALING BUSUK DI DUNIA
Pemilik sebuah BMW X6 yang terbakar di Rusia baru-baru ini mungkin tidak pernah terfikir bahawa kenderaannya akan diselamatkan dengan cara sangat berbeza.
Dalam satu klip video yang tular, sebuah BMW X6 dilihat terbakar di tepi jalan sebuah bandar kecil Samara berhampiran sempadan Kazakhstan.
Asap tebal yang keluar dari bahagian enjin membuatkan sebuah trak membawa kumbahan berhenti untuk membantu memadamkan kebakaran.
Video berdurasi 40 saat itu jelas menunjukkan dua orang lelaki cuba memadamkan api menggunakan air kumbahan najis. Mereka berdua dilihat cukup bersahaja membuka bonet dan memadamkan api yang semakin marak dengan apa yang ada daripada tangki najis berkenaan.
Walaupun api berjaya dipadamkan dengan pantas, sudah pasti ini ialah pemadam api paling busuk pernah digunakan dalam sejarah kenderaan moden.
Konfem tak ada bengkel yang sanggup nak baiki SUV ni lagi.
- BACA: 18 UNIT JENTERA MOTO E HANGUS TERBAKAR DI LITAR JEREZ, SEPANYOL
- BACA: LORI TANGKI TERBAKAR DI LEBUH RAYA PLUS. LELAKI DIPERCAYAI PEMANDU RENTUNG
- BACA: SYARIKAT INSURANS DI AMERIKA BERI AMARAN KENDERAAN HYUNDAI DAN KIA MUDAH TERBAKAR
- BACA: LAMBORGHINI HURACAN PERFORMANTE HANGUS TERBAKAR DI STESEN MINYAK – KECUAIAN YANG BERNILAI LEBIH RM1.6 JUTA