SIAPA KATA TAK BOLEH BALIK KAMPUNG BERAYA DENGAN KERETA ELEKTRIK?
Kerap kali penulis terdengar cemuhan yang berbunyi begini ” eleh boleh la beli kereta elektrik, bila balik kampung naik MPV juga” atau “EV ni beli untuk drive dalam town sahaja”. Namun seorang pemilik kereta elektrik Hyundai Ioniq 5 telah membuktikan bahawa dakwaan tersebut tidak berasas.
Puan Habibah telah balik beraya ke Pasir Putih, Kelantan dengan menggunakan Hyundai Ioniq 5 dan paling menarik ialah Bandar Pasir Puteh lagsung tidak memiliki fasiliti pengecasan kereta elektrik. Pusat pengecasan yang terdekat ialah di BMW Raza Premium Kota Bharu dan di Hotel Perdana Kota Bharu sejauh 40km dari Bandar Pasir Puteh
Kami kongsikan pengalaman balik kampung Puan Habibah dari Semenyih ke Pasir Puteh dengan Hundai Ioniq 5 Standard Range milik beliau
——————————————————————————————————————–
Assalamualaikum and very good morning everyone.
Pada hari raya ke -11 ini, baru berkesempatan untuk berkongsi pengalaman perjalanan dengan EV (IONIQ 5 PLUS 58kW battery power boleh realiti 300km apabila muatan 6 orang dengan 3 luggage 28″+24″+22″) dari :
1. 18 April 2023: Semenyih- KLIA2- Pasir Puteh, Kelantan (via LPT)
SOC 100% dari rumah, shoot to KLIA 2 then shoot ke Berjaya times Square utk juice up to 90% balik sebelum masuk LPT. Semasa di LPT juice di Petronas Gambang Timur dan TNB Electron Paka Timur.
2. 19 April sehingga 21 April 2023: meronda dalam Pasir Puteh untuk membeli kelengkapan dan persediaan menyambut raya dan beraya.
Hanya charge gunakan granny charger di umah mak.
3. 22 April 2023: Beraya dari Pasir Puteh ke Kota Bharu
Hanya charge gunakan granny charger di umah mak.
4. 23 April 2023: Dari Pasir Puteh pergi beraya ke Bukit Payong, Terengganu. Kemudian shoot balik Semenyih via LPT.
SOC 100% 12:30 tgh hari dari umah mak, utk ke Terengganu adalah sedikit sesak sebab kereta banyak nak ke Terengganu (beraya )..bateri ok tak menyusut banyak sampai ke Bukit Payong jam 4:30ptg.
Habis beraya masuk LPT, kami charge u turn di TNB Electron Paka Timur. Kemudian cuba charge di Gentari Petronas Gambang Barat (masa ni bateri tinggal 23% rasanya) tapi ada sikit drama tak boleh charge kami terpaksa Uturn ke Petronas Gambang Timur hihihi dan dapat charge to 90%… Uturn exit gambang utk balik ke arah selatan (dalam 30-40km gitu)..bateri tinggal 60% so juice di Gentari Petronas Gambang Barat eh boleh pula.. so juice sampai 90%
dan terus balik ke rumah tanpa juice di KL.
Alhamdulillah syukur, segalanya berjalan dengan lancar walau ada episod u turn hihihi.
Walaubagaimanapun tetap berharap fasiliti pengecas ini berada dalam kuantiti yang banyak bagi menampung pertambahan bilangan EV atas jalanraya yang bakal bertambah khususnya di kawasan pantai timur. Jangan ada glitch2 masa nak charge main reject2.
Alhamdulillah, takde isu hogging.
Petua dalam grup ni share guna Apps ABRP utk rancang perjalanan tu memang sangat berguna. Kita jadi pandai la nak rancang mana nak charge jika perjalanan kita jauh.
Semakin ramai yang yakin, semakin bertambah juga bilangan EV masa atas jalan.
Perancangan pon ya kena, etika penggunaan pengecas pon perlu dijaga.
Terima kasih komuniti EV yang mmg awesome
——————————————————————————————————————–
Kami berharap fasiliti pengecasan di pantai timur dapat ditambah bagi menampung peningkatan jumlah pengguna kereta elektrik yang semakin banyak. Sebagai contoh, pihak hotel, stesen minyak dan hentian rehat boleh menyediakan stesen pengecaj bagi kemudahan orang ramai