Buletin

SUBARU BAKAL PAMER SUBARU IMPREZA STI DAN PROTOTAIP LEVORG STI SPORT # DI TOKYO AUTO SALON 2023

Subaru akan membawa dua prototaip yang dilengkapi pakej STI pada Januari 2023 di Chiba, Jepun iaitu Subaru Impreza STI dan prototaip STI Levorg Sport #.

Selain Subaru Impreza spesifikasi Jepun, Levorg STI Sport # dan Subaru Rex, kereta yang turut dipamerkan nanti termasuklah Subaru BRZ GT300, WRX NBR serta WRX Rally.

Impreza spesifikasi Jepun yang lengkap dengan pakej STI akan didedahkan buat pertama kali di negara itu pada acara Tokyo Auto Salon 2023. Untuk WRX STI baharu, ia mungkin hanya mendapat naik taraf kosmetik kerana Subaru tidak akan menjual versi STI WRX semasa.

Berkemungkinan Impreza prototaip tersebut berdasarkan Impreza RS yang didatangkan dengan casis lebih tegar dan enjin Boxer 2.5 liter berkuasa 182hp.

Sementara prototaip Levorg STI Sport # (Sport Sharp) berdasarkan kepada model Levorg STI Sport R EX. Walaupun Subaru tidak memperincikan sepenuhnya naik taraf Levorg STI Sport #, prototaip itu didakwa mampu menawarkan kualiti pengendalian stabil dan pengalaman pemanduan lebih baik.

Walau bagaimanapun, Levorg STI Sport # dijangka tiada sebarang peningkatan dari segi prestasi. Ia mungkin akan mengekalkan enjin 2.4-liter turbocharged Boxer four-pot seperti sedan WRX. Enjin tersebut mampu menghasilkan output 271hp dan tork 349Nm.

Selain itu, dua crossover turut akan dipamerkan dalam samaran Boost Gear iaitu Crosstrek serba baharu dan Subaru Rex yang telah didedahkan pada November lalu.

Butiran Subaru Rex belum didedahkan, tetapi Subaru berkata penambahbaikan bukan hanya peralihan kepada Boost Gear, tetapi beberapa ciri yang bersesuaian dengan konsep pengembaraan. Ia mungkin akan dipadankan dengan off-road body cladding, rel bumbung dan aksesori lain.

GALERI:

Google ads
Back to top button