
SHELL HELIX POWER DAN SHELL HELIX PROTECT. PEK 4 LITER BERMULA RM240
Shell Malaysia Trading Sdn Bhd baru-baru ini memperkenalkan dua minyak enjin Shell Helix baharu untuk memudahkan pengguna memilih minyak enjin yang tepat mengikut gaya pemanduan dan keperluan mereka.
Shell Helix Power dan Shell Helix Protect baharu dihasilkan khusus untuk dua keadaan pemanduan.
Pertama, di lebuh raya dan laluan sukar yang memerlukan kuasa dan daya pecutan yang lebih. Kedua, di lalu lintas terhenti-henti di bandar yang menyebabkan tekanan tinggi pada enjin dan perlindungan lebih diperlukan.
Kedua-dua minyak enjin spesifikasi 0W, 5W atau 10W itu sesuai digunakan untuk kebanyakan jenis kereta di Malaysia.

Shell Helix Power dan Shell Helix Protect merupakan inovasi terkini dari Shell yang menampilkan Teknologi PurePlus, minyak asas bersih yang dihasilkan daripada gas asli.
“Sebagaimana yang tertera di label pek, satu produk menjanjikan lebih kuasa manakala produk yang satu lagi pula menawarkan lebih perlindungan. Anda hanya perlu memilih produk yang paling sesuai dengan cara pemanduan atau keperluan anda,” kata Pengurus Besar Shell Lubricants bagi Malaysia dan Singapura, Nyon Kam Yew.
Harga runcit Shell Helix Power bagi pek 4 liter ialah RM280. Sementara harga untuk Shell Helix Protect yang dirumus khas untuk membersihkan komponen enjin ditawarkan pada harga RM240 untuk pek 4 liter.

Shell Malaysia mengadakan promosi menarik sempena pelancaran produk tersebut.
Mulai hari ini, dengan pembelian pek 4 liter Shell Helix Power atau Shell Helix Protect dari mana-mana bengkel yang mengambil bahagian, pelanggan akan menerima hadiah percuma sebuah replika kereta lumba Scuderia Ferrari, sementara stok masih ada.
Shell Malaysia turut menjalankan inisiatif #BecauseWeCare sempena pelancaran Shell Helix Power dan Shell Helix Protect baharu. Shell telah mengedarkan minyak enjin baharu tersebut dan Pek Perlindungan Shell Helix secara percuma kepada pemandu Grab.
Maklumat lanjut mengenai Shell Helix Power 0W 30 dan Shell Helix Protect 0W 40 baharu, sila layari www.shell.com.my/helix.
- BACA: KEMPEN #ATASISEGALANYA SHELL ADVANCE. BERI 500 BOTOL MINYAK ENJIN SECARA PERCUMA
- BACA: ISI MINYAK HELIKOPTER DI STESEN SHELL, JURUTERBANG DICARI POLIS
- BACA: SHELL BATAL CAJ TAMBAH NILAI KAD TNG DI 27 BUAH STESEN DI LEBUH RAYA UTARA SELATAN
- BACA: TERTINGGAL ANAK DI SHELL R&R TEMERLOH, IBU BERSYUKUR ANAK SELAMAT