Artikel PilihanBuletin

SUBARU WRX S4 STI SPORT DIPERKENALKAN DI JEPUN – 500 UNIT SAHAJA AKAN DIHASILKAN

Selepas Subaru menggantikan nama Impreza dengan WRX, Subaru ni macam dah hilang sedikit tarikannya. Berbeza betul bila Nissan gugurkan nama Skyline dan digantikan terus dengan nama GT-R. Entahlah kat masa silapnya. Padahal kami rasa WRX ni okey jugak cuma mungkin sebab nama Impreza ni dah sampai tahap lagenda jadi WRX ni macam hidup dalam bayangan je.

Tapi lupakan semua tu sebab Subaru baharu sahaja melancarkan WRX S4 STI Sport di Jepun baru-baru ini. Model ini diasaskan daripada WRX S4 STI Sport EyeSight dan sarat dengan segala jenis aksesori baharu keluaran STI.

Perubahan bahagian luaran mungkin tidak ketara sangat tetapi model ini dibekalkan dengan spoiler hadapan berwarna hitam dan grey bermotifkan warna dark grey. Rim 18 inci aluminium juga disudahkan dengan warna hitam supaya kelihatan lebih macho dan berbeza.

Perubahan lebih besar berada di dalam kabin dengan kelengkapan tempat duduk Recaro di hadapan yang menampilkan elemen kulit dan suede. Ia kemudian dihiasi pula dengan jahitan warna berbeza dan lencana STI di sana sini.

Genggaman stereng pemandu juga diperkemaskan dengan roda stereng balutan suede selain tombol gear unik dengan kemasan hitam berkilat. Habis la berminyak kalau memandu sambil makan goreng pisang.

Walaupun kereta ini lebih bertumpukan kepada prestasi, keselesaan masih menjadi perkara utama para jurutera (nampak tak beza fikiran jurutera dahulu dan sekarang).

Jadi mereka menambahkan lagi material penebat untuk mengurangkan bunyi bising dari permukaan jalan sebanyak 0.6 decibel di hadapan dan 0.5 decibel di belakang berbanding STI Sport. Satu ketika dahulu siapa peduli pasal benda ni pada sebuah kereta sport. Tapi ye lah, zaman dah berubah kan?

Kuasa maksima 300 ps dihasilkan oleh enjin 2.0L turbo yang juga menawarkan 400Nm tork untuk pecutan pantas di garisan permulaan. Kuasa ini kemudian disalurkan pula kepada kesemua bahagian tayar menerusi kotak gear CVT dan sistem pacuan semua roda standard Subaru.

Walaupun jajaran kuasanya nampak seakan sama dengan model asal, kereta ini dimantapkan lagi dengan penggunaan beberapa komponen STI seperti strut tower brace, stiffener depan dan belakang, sistem ekzos sport dengan low-back pressure muffler. Ia juga turut dilengkapi dengan penapis udara aliran tinggi dan penyejuk cecair transmisi.

Produksi dihadkan kepada 500 unit sahaja dan harganya bermula pada sekitar RM188k di Jepun. Nak booking pun dah tak sempat sebab setiap unit telah habis ditempah oleh warga Jepun sendiri. Tunggu jell ah unit recond sampai dalam 4, 5 tahun lagi bila diorang dah puas pakai.

Google ads
Back to top button