Motosikal

ZXMOTO DEDAH PROTOTAIP SKUTER CROSSOVER 250CC – LANCAR JULAI 2027

ZXMOTO antara jenama yang mencuri tumpuan di CIMA Motor 2026 kerana selain melancarkan motosikal adventure 820X, ZXMOTO turut mendedahkan prototaip skuter 250cc. 

Untuk rekod, prototaip yang dipamerkan tersebut bukanlah skuter maxi 250cc biasa sebaliknya dikuasakan enjin dua silinder (parallel-twin). 

Enjin tersebut juga bukan dipadankan kepada swingarm sebaliknya diposisikan di bahagian tengah casis seperti motosikal konvensional. Meskipun menggunakan transmisi CVT namun pacuan akhir dikendalikan rantai dan bukannya tali sawat (CVT).  Senario sama turut diterapkan SYM pada model ADXTG400 di samping model akan datang dari SWM.

Dalam pada itu, skuter ZXMOTO ini juga dilengkapi dengan swingarm jenis aluminium (seperti ADXTG400), fork USD, monoshock, rim berukuran 15-inci depan dan 14-inci belakang, ABS dwi-saluran, TCS dan meter TFT.

Menurut ZXMOTO, model sebenar juga akan turut menerima ciri seperti throttle elektronik dan cruise control menjadikannya skuter 250cc pertama dengan ciri berkenaan. 

Sementara itu, Zhang Xue turut mengingatkan bahawa reka bentuk prototaip tersebut belum dimuktamadkan di samping memaklumkan model sebenar akan dilancarkan pada Julai 2027. 

GALERI: ZXMOTO 250 ADV

Google ads
Back to top button