Artikel PilihanBuletin

TAHUKAH ANDA? PROTON X70 PUN KENA KLON DI CHINA!

Sekali imbas bila kami tengok foto kereta ini memang sangkakan ia sebuah Geely Boyue – model yang diasaskan Proton X70. Namun bila spesifikasinya kami terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, jelas ia bukan.

Ini ialah Yema Bojun. Salah sebuah SUV yang dilahirkan dari beratus-ratus syarikat kereta di China. Ia baru sahaja dilancarkan beberapa hari lepas dan ya, seperti yang anda semua nampak, ia memang salinan terus daripada Geely Boyue/Proton X70.

Dan inilah tipikal industri China. Mereka ambil jalan paling mudah tanpa perlu berbelanja besar untuk bangunkan rekabentuk sendiri yang mahal. Entah-entah di beli Boyue sebijik, strip down dan plagiat rekaan terus.

Sebenarnya Yema bukanlah sebuah syarikat baru. Mereka telah menghasilkan banyak model sebelum ini dan Bojun ini adalah generasi kedua yang menggantikan model T60 sebelumnya.

Anehnya juga, mereka gantikan nama T60 kepada Bojun dan yang lebih dua kaliganda aneh lagi, di China sudah ada nama Bordrin yang apabila ditulis dalam bahasa China, bunyinya mirip dengan Bojun (博骏).

Toyota Avanza – MREC – Desktop

MURAH GILA

Apa yang menarik tentang Yema Bojun ialah harga jualannya yang sangat murah. Ia dijual pada harga 60.000 yuan hingga 90.000 yuan (RM36,000 – 54,000).

Ya. sekitar harga Myvi saja kalau di Malaysia ni memang penuh orang berbaris depan showroom nak beli.

Bojun dilengkapi dengan pilihan enjin 1.5 N/A 112hp dengan transmisi manual lima kelajuan atau 1.5 turbo 156hp dengan transmisi CVT.

Ukuran dimensi Yema Bojun ialah 4360mm panjang X 1830mm tinggi dan 1680mm lebar. Sedikit pendek dari X70/Boyue.

Walaupun luarnya nampak seperti Geely Boyue/Proton X70, bahagian dalamannya tak sama. Dan sebenarnya, nampak cantik juga bentangan papan instrumentasi, bentangan meter digital, pemain utama dengan skrin sesentuh 8 inci

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button