Artikel Pilihan

ZOTYE SR9 KLON PORSCHE MACAN

Satu perkara yang Brader Karrager respek adalah kemampuan pengeluar dari China untuk menghasilkan barangan tiruan dengan sangat baik, walaupun kadang ada juga yang tidak berapa senonoh. Nah, kali ini ditampilkan pula Zotye SR9, sebuah SUV / Crossover klon Porsche Macan.

BACA : JINBEI DIAZI ACAH-ACAH KEMBAR ACURA MDX

BACA : SAMURAI VS KUNGFU-KENGO R350: NINJA JADI-JADIAN, LAGI HASIL PLAGIAT CHINA

SR9 ini dikeluarkan oleh Zotye Auto yang berpangkalan di Yongkang, Zhejiang. Sebelum ini Zotye juga pernah mengeluarkan model pertama mereka, SUV kompak 2008 yang di-rebadge dari model Daihatsu Terios (Perodua Kembara) dan dijual hingga ke India. Dan kali ini, Zotye dengan handalnya meniru model jenama mahal pula. Yang untung siapa kalau bukan penduduk China sendiri, iya tak?

Zotye SR9 ini jikalau diletak sebelah menyebelah dengan produk yang asli sememangnya hampir menyamai 100% rekaannya. Proposisi reka bentuk seperti profil tepi dan saiz ukuran tingkap memang sama. Cuma adalah sedikit beberapa perubahan seperti lampu utama dan rekaan gril yang kononnya membuktikan bahawa ianya adalah SR9 asli dan bukannya Macan.

SR9 ini dijanakan oleh enjin 2.0 liter dengan pengecas turbo yang berasal dari Mitsubishi dengan kuasa sekitar 190hp/250Nm. Macan pula bagi varian tertinggi dijanakan oleh enjin 3.6 liter V6 TT.

Lebih dasyat lagi, Zotye dengan selamba sahaja meniru sekali lagi bahagian papan pemuka Macan hampir keseluruhannya termasuklah rekaan posisi brek tangan dan juga pemegang cawan.

Ruang penumpang di belakang pun habis ditirunya juga daripada Macan. Bentuk tempat duduk, reka bentuk ruang pembesar suara dan juga rekaan pemegang pintu. Sama sesamanya. Senang betul Zotye ni buat duit. Tidak perlu nak upah pereka bentuk handalan dunia. Guna kaedah copy paste orang kata.

Walau pun ada ura-ura pihak Porsche akan mengambil tindakan saman tapi ianya sedikit pun tidak menggentarkan Zotye. Zotye sebelum ini juga pernah terlepas apabila perkara serupa ditimbulkan sewaktu mereka meniru beberapa model seperti SR7 (Audi Q3), Damai X5 (Tiguan), dan juga Zotye T600 (Audi Q5). Bangsa ketegaq Zotye ni.

Pada aras harga 100,000 Yuan (RM63,822) untuk SR9 berbanding 558,000 Yuan (RM 356,126.78) untuk Macan, sudah tentulah SR9 menjadi pilihan bagi golongan yang tak berapa nak kaya. Untung juga sebetulnya menjadi rakyat China ni kan?

Sumber : carnewschina.com

GALERI:

Google ads
Back to top button