Motosikal

CHINAMAHA R350 – KLON YAMAHA R25!

Terperanjat pagi ni apabila ada kawan mesej dalam whatsapp bahawa Yamaha nak perkenal R35 yang merupakan model naik taraf R25.

Yamaha-R3-replica-XGJAO-R350-mekanika (2)

Biar betul, tak ada ribut tak ada tempias tiba-tiba ada berita pula. Sekali tengok gambar yang dikirimkan, saya terus baling telefon ke arah dinding pada kelajuan 300km/j.

Panigale sudah, Ninja sudah, Range Rover Evoque pun sudah. Apa lagi yang belum kena plagiat oleh syarikat dari China? Selamat datang R25.

Yamaha-R3-replica-XGJAO-R350-mekanika (3)

Motosikal ini diperkenalkan oleh syarikat Chongqing XGJAO co., Ltd. Tanpa perlu berpura-pura, motor ini mengambil terus reka bentuk Yamaha R25/R3. Memang tak boleh dinafikan bahawa untuk kategori sportbike 250cc, Yamaha R25 memang paling cantik dan sporty.

Reka bentuk mirip ini bagaimanapun dikemaskan lagi dengan penggunaan lampu depan jenis projektor dan sepasang DRL (Daytime Running Light). Reka bentuk fairing, tangki, pelana, ekor dan lengan ayun belakang memang tiru R25. Kenapa berbelanja lebih untuk R&D? Copy saja maaa…..

Yamaha-R3-replica-XGJAO-R350-mekanika (5)

Walaupun reka bentuknya ditiru, enjin yang dihasilkan oleh XGJAO ditingkatkan kepada 350cc (Yamaha R3, 321cc). Ia menggunakan konfigurasi enjin 2 selinder dengan susur alur ekzos berkembar 4 corong. Dari belakang nampak macam Z1000 kau!

Ini bukan kali pertama Chongqing XGJAO yang buat motor ‘seakan-akan’ jenama terkenal. Mereka pernah juga buat model macam Kawasaki Ninja 250 menerusi  Kengo R350. Sekarang sudah ada Kengo 250 dan 200.

Yamaha-R3-replica-XGJAO-R350-mekanika (7)

Dahulu, Mercedes-Benz pernah memfailkan saman ke sebuah syarikat di China tentang isu reka bentuk kereta Smart. Memang tiru habis tetapi Mercedes-Benz kalah. Pelik boleh kalah dalam hal hak harta intelek.

Mungkin sebab itu juga pengeluar lain malas nak ambil tindakan. Lagi pun mereka  jual untuk pasaran domestik sahaja. Tetapi XGJAO pun lebih 300,000 unit motornya sudah terjual sejak ditubuhkan 10 tahun lalu. 30,000 unit setahun kira bagus juga lah…

kredit foto: TMCblog.com

Google ads
Back to top button