Buletin

TOYOTA TAWAR 8 WARNA UNTUK SUPRA DI AMERIKA UTARA

Toyota telah mendedahkan lapan pilihan warna yang boleh dipilih oleh pelanggan di Amerika Utara jika hendak membeli Supra tahun 2020.

Toyota Supra Launch Edition akan ditawarkan dalam tiga warna iaitu putih (Absolute Zero White), hitam (Nocturnal Black) dan merah (Renaissance Red 2.0) dengan kemasan hitam atau merah.  

Selepas semua versi sebanyak 1,500 unit habis dijual, Supra akan didatangkan dengan lima warna pilihan kelabu matte, perak, kelabu, kuning dan biru.

Dari segi harga pula, Supra Launch Edition ditawarkan pada harga bermula AS$55,250 (RM224,500) dengan varian premium berharga sedikit kurang iaitu AS$53,990 (RM219,300) seunit. Manakala model asas boleh dimiliki pada harga AS$49,990 RM203,100).

Tidak kira apa warna atau varian yang dipilih, Supra hanya dilengkapi satu pilihan enjin iaitu 3.0 liter V6 twin-turbo berkuasa 335hp. menggunakan pacuan roda belakang, model automatik itu mampu memecut dari 0-100km/j dalam masa 4.1 saat.

Toyota Avanza – MREC – Desktop

Toyota dijadual membuat penghantaran Supra baharu bermula dengan model Launch Edition pada suku ketiga tahun 2019. Model standard pula hanya akan berada di bilik pameran menjelang akhir tahun ini.

GALERI

Tags
Google ads
Back to top button