Artikel Pilihan

QIFENG K7 – SEBUAH LAGI LSEV KLON YANG BOLEH TAHAN

Brader Karrager masih lagi tertarik dengan kereta elektrik bajet slow, LSEV dari China ini. Walau pun ianya kelihatan sedikit canggung dek kerana rekaannya yang sedikit mengecil berbanding saiz kereta sebenar, namun itu bukanlah halangan buat pengeluar untuk mengeluarkan model yang masih boleh diterima dek akal tanpa perlu menerima kecaman yang keterlaluan.

BACA : VANGUARD CITICAR – NENEK MOYANG KERETA ELEKTRIK?

BACA : LSEV SHANGDONG QILU FENGDE P8 : APA PASAL NAMA PELIK SANGAT NI?

Dan salah satu model yang masih boleh dianggap lawa, adalah model Qifeng K7 ini. Sekali imbas, anak kecil pun tahu ianya meyerupai model Mercedes-Benz G Class. Cuma ianya bersaiz mini lah kan. Qifeng K7 ini mempunyai panjang 3290mm, 1482mm lebar dan 1614mm tinggi. Besar sikit aja daripada saiz kereta mainan menggunakan bateri yang banyak dijual di kawasan Chow Kit.

Model Qifeng K7 ini dikeluarkan oleh Qifeng Auto. Model LSEV yang berkonsepkan SUV ini dijanakan kuasa motor 5.3hp atau pun 6.7hp yang dipadankan dengan bateri 60v atau pun 72v.

Bagi mematuhi statusnya sebagai LSEV, maka kelajuannya telah dihadkan sehingga 50km/j. Dengan kelajuan malar sebegini, bolehlah dapat jarak perjalanan sehingga 170 kilometer. Buat untuk mengambil anak pergi balik sekolah memang sangat sesuai dan petang hari bawa jalan-jalan pusing taman.

Ruangan kabin Qifeng Q7 ini juga tidak kelihatan terlalu China. Rata-rata kenderaan di China mempunyai spesifikasi yang boleh tahan juga. Setakat skrin sesentuh bersaiz 7 inci lengkap dengan GPS dan juga Wifi tersedia sudah dianggap sebagai benda yang wajib ada.

Bagi menampilkan imej yang agak eksklusif dan mewah, tempat duduknya turut dibaluti kulit. Kulit apa yang digunakan jangan tanya. Tak berani Brader Karrager nak jawab. Sebagai sebuah kereta elektrik, sudah tentu jugalah meter K7 ini harus menggunakan meter digital. Senang nak paparkan segala maklumat terutamanya berkaitan kuasa bateri.

Sebenarnya, kenderaan LSEV ini dahulu banyak dibeli oleh golongan warga emas dan kelainan upaya dek kerana harganya yang murah dan paling penting ianya tidak memerlukan lesen yang sah untuk dipandu. Asal kau pandai tekan brek dan reti bagi signal lebih dari memadai.

Cuma kini semakin ramai yang membelinya, terutamanya daripda golongan muda. Harganya pun murah sangat, Cuma sekitar Yuan 24,988 atau duit kita cuma RM15,540. Lebih kurang sama dengan motor moped di tempat kita.

Buat loan Bank Rakyat, beli sebiji letak kat rumah. Bawa pergi Param pun bergaya juga, iya tak?

 

Google ads

B K

Back to top button