BuletinMotosikal

MAAF INI BUKAN CBR250RR. INI FEELY PHANTOM 450, KLON HONDA DARI CHINA

Ada banyak industri dalam dunia yang melibatkan negara China. Sebagai sebuah negara besar dengan 1.4 billion penduduk, ia sebuah negara yang bukan sahaja berjaya dari sudut konsumerisme, malah kuasa ekonomi dan produksi juga.

Bayangkan jika anda ada sebuah syarikat yang menjual air mineral sahaja. Dan bayangkan jika pasaran yang anda dapat sebanyak 0.1 peratus sahaja. Memang boleh jadi jutawan.

Lain pula halnya dalam bidang automotif. Selain mempunyai puluhan syarikat pengeluar kenderaan, China terkenal dengan kepakaran mereka meniru rekabentuk sedia ada. Kes yang paling terkenal ialah Range Rover dengan klon Landwin X7 mereka. Walaupun dikritik keras, mereka jelas tak peduli pun.

Industri motosikal juga begitu. Kami pernah siarkan produk salinan terus Kawasaki Ninja-Kengo R-350 dan Yamaha R25 – Chongqing jadi-jadian. Jelas, mereka memang tak perlu bersusah-payah melabur dalam industri motosikal mereka.

Ini pula yang terbaru dan mangsanya ialah Honda CBR250RR. Kali ini giliran Feely Phantom 450 mengambil terus rekaan sportbike terbaru Honda yang terkenal itu.

Paling ketara jika dilihat dari bahagian hadapan. Penggunaan lampu bertingkat dan mentol LED menyerupai rupa CBR250RR sebenar. Apatah lagi dengan livery Honda merah gaya Satu Hati.

Roda hadapan yang nampak penuh itu bukan sahaja sekadar kosmetik. Ia dilengkapi cakera berkembar dengan pengangkup empat omboh radial. Mengejutkan juga ia juga dipasangkan dengan sistem brek ABS!

Dari sudut suspensi pula, bahagian hadapan menggunakan fork jenis USD dan belakang monoshock. Sementara itu, rupabentuk lengan ayun belakangnya memang nampak pelik. Dan macam corak batu hiasan dinding rumah.

Jadi apakah enjin yang dipakai?

Ia didatangkan dengan enjin dua selinder 450cc sejukan cecair. Ia dikatakan mampu menghasilkan sekitar 30 HP @ 7.000 RPM dan tork 33.5Nm. Tak lah teruk sangat kan?

Berapa harga jualannya?

20,763 Yuan atau kira-kira RM12,700 tukaran terus Ringgit Malaysia. Bayangkan harga NVX saja tapi dapat 450cc.

Kalau masuk Malaysia ada yang nak beli tak ni?

GALERI

[ngg_images source=”galleries” container_ids=”153″ display_type=”photocrati-nextgen_basic_thumbnails” override_thumbnail_settings=”1″ thumbnail_width=”100″ thumbnail_height=”80″ thumbnail_crop=”1″ images_per_page=”20″ number_of_columns=”5″ ajax_pagination=”0″ show_all_in_lightbox=”0″ use_imagebrowser_effect=”0″ show_slideshow_link=”0″ slideshow_link_text=”[Show slideshow]” order_by=”sortorder” order_direction=”ASC” returns=”included” maximum_entity_count=”5000″]

 

 

Google ads
Back to top button