BuletinMotosikal

INNOVATIVE HUMMER CX350 – INILAH KAWASAKI VERSYS TIRUAN DARI CHINA

Selain daripada mempunyai pasaran automotif terbesar di dunia dengan purata jumlah volum industri (TIV) sekitar 10 juta kenderaan setahun, China juga ada pasaran motosikal yang tinggi.

Banyak syarikat China sudah keluar menjalinkan kerjasama, samada membeli syarikat motosikal ternama dan melakukan perniagaan rentas sempadan. Sekarang, sda Benelli, Demak (yang dah bungkus), Zhongsheng, CF Moto dan juga jenama-jenama kecil yang juga telah ada di Malaysia seperti CMC.

Dalam masa yang sama, industri domestik China sendiri sudah mampu berdiri sendiri. Kami pernah bertanya sendiri kepada wartawan China ada berapa jenama sebenarnya industri automotif di sana dan tak ada seorang pun mampu memberi jawapan yang tepat. berpuluh, atau mungkin beratus pengeluar kata mereka.

Selain daripada industri yang tulin, terdapat juga pemain industri yang mengambil jalan mudah dengan memplagiat rekaan sediaada di pasaran.

Sebelum ini, kami pernah menyiarkan klon Honda CBR250RR, YAMAHA YZF-R25, motosikal touring Honda CB500F dan Kawasaki Ninja 250R.

Dan ini pula ialah kejayaan terbaru dari Innovative Hummer CX350 dan tidak perlu kami beritahu apa yang anda nampak di depan mata ialah klon rekaan Kawasaki Versys 650.

Jika rupanya adalah mirip Versys 650cc, sebenarnya Innovative Hummer CX350 ini dikuasakan oleh enjin yang lebih kecil.

Ia dipasang dengan nadi penggerak 335cc dua selinder SOHC dengan sistem bahanapi rekaan termaju iaitu karburetor. 

Ya saudara, saudarai, pakai karburetor.

Enjin sejukan cecair ini didakwa mampu menghasilkan 22.6 kuasa kuda apda 8,000rpm dan tork maksima 25Nm pada 6000rpm. 

Antara spesifikasi lainnya ialah penggunaan tayar 110/70-17 di hadapan dan 150/70-17 di bahagian belakang dan berat keseluruhannya ialah 169kg. Boleh tahan juga sebenarnya.

Jadi, apa kata anda? Mungkin kalau sesiapa kenal pelabur yang boleh bawa masuk motosikal ni kita buat brand baru.

Macamana?

GALERI

 

Tags
Google ads
Back to top button