Buletin

KENAPA BELI BEZZA SEDANGKAN BOLEH BELI KLON MERCEDES KANGKUNG INI PADA HARGA RM14K?

Tak tahulah nak marah ke nak gelak ke nak tikam mata Pak Amid ke. Bangun pagi dalam group whatsapp ada yang offer Mercedes GLC katanya harga murah. RM14 ribu saja. Kereta tender kastam kah? Sambung bayar kah? Piang kah? Scrap Singapore kah?

Bila klik pada imej terus rasa lesu, suram dan tak bermaya. Kangkung apa lagi yang syarikat China ni buat?

BACA: YAMAHA R25 KLON CHINA

BACA: PAGANI HUAYRA ELEKTRIK DARI CHINA

Ini bukan Mercedes GLC. Ini ialah Luxing iStar, kereta elektrik keluaran syarikat Dezhou Luxing Vehicle Company yang berpangkalan di daerah Dezhou, Shandong, China. Ideanya agak bagus, namun rekabentuknya memang sagat tipikal China, hilang punca dan mereka meniru rekaan SUV mewah Mercedes GLC.

Mungkin kata orang rekabentuknya subjektif. Tapi kalau itu pun tak cukup, Luxing juga meniru logo bintang Mercedes tetapi diterbalikkan. Maka jadilah logo Luxing. Nokrom!

Kereta ini dikuasakan oleh motor elektrik tunggal berkuasa 72v dan dikatakan mampu bergerak sejauh 150km sekali cas. Prestasi? Kelajuan maksimumnya ialah 45km/j. Je? Abang Japar lari mengundur pun lagi laju.

Walaupun luarannya kelihatan seperti GLC, bahagian dalaman lebih kepada rupa A Class. Sebenarnya, dimensi kereta ini kecil, mungkin bersaiz mikro atau K-Car tetapi dengan titik graviti lebih tinggi. Mungkin bersaiz seperti Perodua Kembara.

Ia dilancarkan untuk pasaran domestik di China pada harga 22,000 Yuan atau RM14,000 sebuah. Bagi sebuah kereta kecil dengan harga sebuah Yamaha Y15ZR Movistar dan tidak menggunakan petrol, ia mungkin ia bakal jadi pilihan pembeli di China.

Sumber carnewschina

Google ads
Back to top button