Artikel PilihanBuletin

TAHUN 1964 – DI SINI LEGENDA SKYLINE BERMULA & MENAIKKAN SEMANGAT BANGSA JEPUN

Jika ditanya peminat automotif tentang Nissan Skyline mungkin ada pelbagai perkara yang boleh dikaitkan. Ada yang kaitkan dengan reka bentuk, enjin berkuasa atau famili Skyline yang sentiasa mengejutkan peminat automotif. Tetapi jika berdasarkan rekod sejarah, apa yang menyebabkan Skyline begitu popular hinggakan dijulang sehingga ke hari ini?

Ini jawapan dan rekod dari Nissan selaku pemiliknya hari ini.

Selama lebih dari setengah abad, perlumbaan kenderaan telah berjaya menarik perhatian ramai di Jepun. Tetapi bagi peminat sukan permotoran, ada satu perlumbaan yang mengujakan dan terpahat dalam sejarah iaitu perlumbaan GT-II Jepun pada tahun 1964 di Suzuka.

Ia adalah hari legenda Skyline bermula.

Kredit (C) Nissan

Pada perlumbaan GT-II, sejumlah Skyline GTS bakal bersaing dengan kenderaan berprestasi dari luar negara. Perbezaan ketara Skyline GTS ialah model itu sebenarnya hanyalah kereta penumpang yang telah diubahsuai untuk perlumbaan. Ia bukan kereta sport seperti Porsche yang memang dibuat untuk litar.

Bayangkan kereta empat pintu bersaing dengan kereta lumba yang rendah dan sebati di litar lumba.

Sebelum itu, Skyline hampir tidak layak untuk menyertai perlumbaan. Syarat utama bagi membolehkan sesebuah model digunakan ialah seratus unit versi pengeluaran kereta mesti dibuat.

Prince Motor Company sebagai pengeluar asal Skyline yang kemudiannya bergabung dengan Nissan, hanya cukup-cukup sahaja mencapai sasaran tersebut.

Yoshikazu Sunako. Kredit (C) Nissan

Skyline GT mempunyai muncung yang lebih panjang dan dikuasakan oleh enjin enam sebaris dengan tiga karburator. Skyline adalah hasil cetusan daripada Ketua Jurutera, Shinichiro Sakurai.

Yoshikazu Sunako, yang berlumba dengan Skyline bernombor 39 pada masa itu mengimbas kembali saat perlumbaan tersebut. Beliau mengatakan, kereta sedan yang telah diubahsuai tersebut memang jauh dari sempurna.

“Kami telah menambah ukuran kereta ini dengan 20 sentimeter,” kata Sunako. “Keseimbangan badan kereta ini sangat teruk dan tayar terkeluar, disebabkan itu kami terpaksa menggelonsor keluar (drift) apabila mengambil selekoh. Kami tergelincir dan menggelonsor disebabkan tayar yang begitu teruk, akan tetapi perkara tersebut menjadi satu kelebihan pula untuk kami.” 

Selepas membuat beberapa latihan pusingan, Sunako sedar bahawa kereta ini sebenarnya adalah sesuatu yang istimewa.

“Kami menghabiskan pusingan selama dua minit, 47 saat, dan pada ketika itu saya berasa bangga untuk mengatakan bahawa Skyline ini adalah kereta terpantas di Suzuka,” kata Sunako.

Satu lagi tambahan halangan dan cabaran dalam perlumbaan tersebut ialah Porsche 904 Carrera GTS, kereta Jerman dengan reputasi yang begitu hebat.

Seperti yang dinyatakan awal tadi, bayangkan sebuah kereta keluarga diletakkan untuk bersaing dengan sebuah Porsche.

Skyline mustahil untuk mengalahkan sebuah Porsche yang boleh mencecah kelajuan tertinggi lebih 250 km/j, tetapi rakan pelumba Sunako iaitu Tetsu Ikuzawa bakal mencipta sejarah yang diingati oleh warga Jepun.

“Sebelum selekoh tajam (hairpin), Ikuzawa berjaya memintas Porsche, dan Sunako berfikir bahawah ini lah orang nya!” kata Sunako.

Kredit (C) Nissan

Dan apabila Skyline berada di hadapan Porsche, penonton di litar Suzuka dan sekitar Jepun menjadi begitu teruja. Kereta empat pintu buatan Jepun di hadapan kereta sport Porsche!

Walaupun berjaya berada di hadapan namun pemandu Porsche tersebut berjaya memintas kembali dan menjadi juara.

Dan walaupun begitu, Skyline tetap istimewa dan gagah apabila menyapu bersih dari tempat kedua hingga keenam. Sunako berada di tempat kedua dan pemanduan hebat Ikuzawa telah berjaya menawan imaginasi satu bangsa Jepun.

Toshiyuki Shiga, yang pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Operasi Nissan juga mempunyai impak yang besar dari momen tersebut. Hari itu adalah hari di mana beliau memutuskan apa yang mahu dicapai dalam hidupnya.

“Saya berusia sembilan tahun pada masa itu dan saya masih lagi tentang berita besar tersebut.

Tahun 1964 adalah momen di mana gagasan automotif di Jepun bermula, Nissan sentiasa menerajui inisiatif tersebut dengan sukan permotoran, saya sangat gembira, ianya adalah impian saya dan saya mahu berkhidmat dengan Nissan.” kata Shiga.

Bertitik tolak dari situ, keazaman dan kesungguhan semakin kuat dan ianya menginspirasikan pembangunan Prince R380 – kereta yang berjaya mengalahkan Porsche di perlumbaan Grand Prix Jepun pada tahun 1946. Selepas peristiwa ini dan sehingga hari ini, nama Skyline tidak pernah jauh dari penggemar dan peminat dunia automotif.

BACA: INGAT LAGI GT-R R32 BIRU CALSONIC? NISSAN BAKAL GUNA KEMBALI TEMA WARNA SAMA DI AUSTRALIA

BACA: NISSAN GT-R R34 V-SPEC II Nür R-TUNE – RM1.03 JUTA, KASTA TINGGI SELEPAS GT-R NISMO Z-TUNE 

Google ads
Back to top button