Buletin

7 DARIPADA 10 KERETA TIDAK BOLEH HIDUP ADALAH DISEBABKAN OLEH BATERI – KAJI SELIDIK BOSCH

Tahukah anda tujuh daripada 10 buah kenderaan yang tidak dapat dihidupkan adalah disebabkan oleh masalah bateri gagal berfungsi, diikuti oleh isu enjin dan pendawaian?

Itulah hasil kaji selidik 350 orang pengguna di Malaysia berusia 18 hingga 55 tahun yang dijalankan oleh Bosch, peneraju dalam membekalkan komponen autootif aftermarket.

Kaji selidik yang bertujuan mengetahui tabiat pengurusan bateri kereta dalam kalangan pemandu itu turut mendedahkan bahawa 75 peratus pemandu menggunakan bateri bebas penyelenggaraan. Manakala bakinya menggunakan bateri asid plumbum,

“Masalah kerreta tidak boleh dihidupkan memang memberi kesukaran kepada pemandu. Malah ia mengundang bahaya jika kenderaan mati di tengah jalan. Kami di Bosch menggesa semua pemandu melakukan pemeriksaan rutin bateri kereta tanpa mengira jenis bateri tersebut.

“Pemeriksaan boleh dilakukan sendiri, mekanik atau menggunakan penguji bateri elektronik,” kata Pengurus Negara Bosch Automotive Aftermarket di Malaysia, Pang Yoon Kong.

Pemilik bateri asid plumbum perlu lebih kerap membuat pemeriksaan kerana 50 peratus kegagalan bateri adalah disebabkan ketiadaan air bateri, tidak diselenggara atau masalah penyejatan akibat cuaca panas.

Mereka juga perlu lebih berhati-hati dan memastikan tidak ada sumber percikan api berhampiran kerana gas-gas daripada bateri asid plumbum sangat mudah terbakar.

Untuk memanjangkan jangka hayat bateri asid plumbum, pengguna perlu kerap melakukan penyelenggaraan. Ia bukan sekadar mengisi air bateri apabila ia mulai kering, tetapi memastikan bateri sentiasa dalam caj penuh.

Sebaliknya, bateri bebas penyelenggaraan memiliki kuasa cranking dan kapasiti caj yang lebih tinggi. Ia juga mampu mengecaj semula dengan pantas, tahan lebih lama dan tidak memerlukan sebarang penyelenggaraan berbanding bateri konvensional. 

Kebanyakan bateri itu dilengkapi indikator yang menunjukkan kondisinya dan bilakah ia perlu ditukar. Bukan itu sahaja, bateri bebas penyelenggaraan Bosch didatangkan dengan ciri pencegah pembakaran yang jauh lebih selamat.

BACA: BOSCH – GERGASI KEJURUTERAAN DARI JERMAN 

Bateri Bosch boleh didapati di semua pengedar sah di seluru negara. Maklumat lanjut, sila layari laman web: http://az.bosch-automotive.com/en_MY/dealer-locater_my

Google ads
Back to top button