
Motosikal
HONDA CBR150R KINI DENGAN WARNA STEALTH BLACK – RM13,399
Honda CBR150R telah dikemas kini dengan pilihan warna Stealth Black bagi tahun 2026 menyertai warna Silver dan Tricolour sedia ada. Menariknya, CBR150R ini kekal dijual pada harga RM13,399.
Selain warna, ciri lain turut dikekalkan dan masih lagi dikuasakan enjin satu silinder 150cc DOHC yang berupaya menjana 16hp pada 9,000rpm dan 13.7Nm pada 7,000rpm.

Ciri lain turut dikekalkan termasuk fork USD, penyerap hentak belakang dengan pelarasan pra-beban, ABS dwi-saluran dan fungsi ESS (Emergency Stop Signal).
Sebagai motosikal sportsbike entry-level, CBR150R ini hanyalah seberat 137kg dengan tangki 12L diisi penuh sementara ketinggian tempat duduk diletakkan pada 788mm.







